寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Friday, September 10, 2010

PRAKATA BUKU
MAKANAN SIHAT SEBAGAI UBAT (2010)ISBN 978-983-42313-2-3

Selepas penerbitan buku yang berjudul “Eating for Good Health” pada tahun 2007, galakan dan inspirasi rakan-rakan telah membawa kepada penulisan buku ini.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang mempunyai budaya pemakanan yang tersendiri. Namun begitu, setiap warganegara Malaysia mempunyai satu aspirasi yang sama iaitu mempunyai kesihatan jasmani dan rohani.

Pemakanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serat, vitamin dan galian diperlukan oleh individu untuk menjamin kesihatan dan tumbesaran yang sempurna. Ini dikenali sebagai makanan seimbang atau piramid makanan. Ramai orang mengamalkan pemakanan ini dan yakin bahawa ini adalah pemakanan yang sihat.

Akan tetapi, kesihatan rakyat Malaysia pada masa kini diancam oleh pelbagai penyakit. Generasi kini lebih mengutamakan makanan yang sedap dan beraneka cara masakan. Keadaan ini, secara langsung dan tidak langsung telah mengabaikan makanan sihat yang boleh mengekalkan dan memelihara kesihatan.

Salah satu faktor kenyataan yang benar ialah kesihatan seseorang amat bergantung kepada amalan pemakanan harian. Amalan pemakanan harian yang kurang sihat akan mengundang pelbagai penyakit. Sebaliknya, amalan pemakanan yang sihat akan mencegah penyakit.

Secara keseluruhan, buku ini memberikan maklumat mengenai hubungkait di antara makanan dan penyakit. Pengalaman keluarga dengan pegangan teguh kepada mengenal pasti, memilih makanan sihat dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian diterangkan. Di samping itu, buku ini menyatakan bagaimana bapa mentua menghadapi penyakit kanser prostat sejak 1996. Tanpa rawatan konvensyenal seperti radioterapi dan kemoterapi, beliau telah dapat hidup 10 tahun lebih lama dengan mengamalkan cara hidup sihat secara holistik. Buku ini juga menceritakan pengalaman tindak balas kepada badan ahli keluarga terhadap makanan sihat.

Usaha dan sumbangan buku ini ialah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan diri dan keluarga. Kesihatan diri tidak terletak semata-mata dalam tangan pakar perubatan. Setiap individu bertanggungjawab menjaga kesihatan diri.

Mudah-mudahan anda juga mengambil makanan sihat dan hidup sihat selepas membaca buku ini.

Amalan pemakanan sihat adalah amalan yang bijaksana.

Lim Hin Fui, PhD
1 Januari 2010

No comments:

Post a Comment