寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Saturday, June 30, 2012

Kepentingan Berbudi Bahasa. Yang manakah perlu diberi keutamaan? Berjaya dalam bidang akademik ataupun menjadi seorang yang berbudi bahasa? Jawapannya, berbudi bahasa. Rasionalnya ialah seseorang yang berbudi bahasa akan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hati orang yang berbudi bahasa dipenuhi perasaan kesyukuran, khasnya terhadap ibu bapa. Orang yang bersyukur akan tekun belajar dan tidak melakukan perkara yang tidak baik supaya tidak menghampakan ibu bapa, masyarakat dan negara. Sebaliknya, pencapaian akademik tidak menjamin seseorang itu berbudi bahasa. Malah, orang yang cemerlang dalam akademik mungkin hanya mementingkan diri sendiri tidak akan membawa apa-apa kebahagiaan, baik pada diri, keluarga mahupun masyarakat. Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup, hala tuju setiap ibu bapa dan masyarakat adalah penting. Kebahagiaan ini boleh dicapai melalui pembelajaran dan pengamalan Panduan Hidup Bahagia yang sejajar dengan semua ajaran agama dan orang-orang budiman tidak kira bangsa dan kepercayaan.

Saturday, June 16, 2012

Usaha Ini Menyedari kepentingan mencapai kebahagiaan hidup secara menyeluruh, saya berasa terpanggil untuk menyediakan Di Zi Gui dalam bentuk seloka yang dapat diterima oleh pembaca dalam bahasa Melayu. Maksud asalnya dikekalkan dan gaya penulisan yang mengambil kira nilai budaya tempatan supaya senang difahami, diingati dan diamalkan. Dengan itu, Di Zi Gui telah diberi nafas baru dalam masyarakat majmuk Malaysia, iaitu dikenali sebagai Panduan Hidup Bahagia. Penerangan mengenai Panduan Hidup Bahagia diberi dengan menggunakan bahasa yang mudah dan berpandukan kata-kata budiman masyarakat tempatan. Kelebihan Di Zi Gui atau Panduan Hidup Bahagia ialah dapat memberi petunjuk yang jelas untuk mencapai kebahagian hidup seseorang. Perkara yang paling penting bukan pencapaian akademik atau kekayaan kebendaan semata-mata tetapi akhlak dan tingkah laku dalam hubungan seseorang seperti hubungan suami/isteri, ibu bapa, adik-beradik, pemimpin-pengikut, dan kawan-kawan. Ini dapat dilihat daripada ringkasannya, iaitu: Ibu bapa didahulukan Adik-beradik diutamakan Hati-hati bertindak Amanah jalankan tugas Sayangi semua insan Dekati orang beriman Jika ada masa lapang Belajar ilmu tambahan

Saturday, June 9, 2012

Menuntut Ilmu: Keadaan di Malaysia Kini, difahamkan pengambilan kakitangan kerajaan dan kenaikan pangkat seseorang di negeri China juga dinilai sama ada mereka berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Perdana Menteri China pula mengalu-alukan semua rakyat mengamalkan ajaran orang budiman yang terdahulu bagi mencapai kebahagiaan hidup diri, masyarakat dan dunia. Apa yang berlaku di negeri China kini telah mempengaruhi keadaan masyarakat majmuk di Malaysia. Di kalangan masyarakat keturunan Cina, ajaran Di Zi Gui mulai disampaikan kepada kanak-kanak dan orang dewasa sejak awal abad ke-21. Pada tahun 2003, Tan Sri Lee Kim Yew telah giat memperkenalkan Di Zi Gui yang menekankan 113 peraturan moral dan etikal untuk diamalkan bagi mencapai kebahagiaan, keamanan dan kesejahteraan. Eksperimen terus dijalankan di Malaysia yang membawa kepada satu memorandum persefahaman antara National Union of Heads of Schools dan Lujiang Center for Cultural Education pada tahun 2007. Telah dipersetujui bahawa Lujiang Center for Cultural Education akan membantu Union tersebut dalam mempromosikan pendidikan moral di sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) di Malaysia. Ekoran daripada perkembangan yang menggalakkan ini, satu pusat pendidikan yang dikenali sebagai Chung Hua Cultural Education Centre (M) Bhd telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2009. Pusat ini ialah satu badan bukan kerajaan dan bukan komersial yang didedikasikan untuk pendidikan moral dan etikal ke arah pembinaan masyarakat dan dunia yang hermoni. Jika Tangchi berjaya menjadi bandar harmoni di negeri China, maka eksperimen di Malaysia akan menguji sama ada kita boleh menjadi satu model dunia harmoni. Panduan Hidup Bahagia adalah berasaskan panduan pendidikan Di Zi Gui yang menjadi salah satu bahan pembelajaran penting oleh Chung Hua Cultural Education Centre (M) Bhd. Selain dari itu, satu badan yang dikenali sebagai Malaysian Academy of Han Studies telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kepentingan akademi ini dapat diperhatikan dari sokongan yang diberi oleh pemimpin negara. Pada 13 Oktober 2011, majlis pecah tanah akademi tersebut telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Hj Razak. Penubuhan akademi ini dijangka akan memperkukuhkan lagi usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai model dunia harmoni dalam masyarakat majmuk.

Thursday, June 7, 2012

Syurga di Tapak Kaki Ibu Kita Mengapakan kesan positif ini dicapai dalam masa yang singkat? Pertamanya, pengalaman menunjukkan bahawa orang yang cuma mementingkan diri dan mengabaikan kepentingan orang lain, masyarakat, negara atau alam sekitar telah mengalami penderitaan dan tidak mencapai kepuasan hidup. Walaupun kaya, mereka tidak bahagia. Malahan, wang ringgit yang diterima secara haram telah membawa pelbagai penderitaan (seperti anak yang derhaka, penyakit dan malapetaka). Apabila mereka berubah menjadi orang baik yang mementingkan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara, nasib hidup mereka telah berubah. Mereka berasa lebih gembira dan bahagia. Keduanya, Panduan Hidup Bahagia menyedarkan kita bahawa kita memang terhutang budi terhadap ibu bapa kita. “Ibu bapa” di sini mempunyai erti yang luas, iaitu merangkumi ibu bapa kandungan, orang lebih dewasa, masyarakat dan negara. Panduan Hidup Bahagia mendidik kita menjadi orang yang lebih baik yang mempunyai hati yang ikhlas dan suci. Panduan Hidup Bahagia mengingatkan kita hubungan yang tidak bersyarat antara ibu bapa dan anak. Kasih sayang ibu bapa terhadap kita tidak mempunyai apa-apa syarat. Sebagai seorang anak, kita harus membalas budi baik ibu bapa kita. Pendidikan ini mengelakkan kita melakukan sesuatu yang buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Semua ini telah membawa kebahagiaan hidup.

Wednesday, June 6, 2012

Panduan Hidup Bahagia jadi Pedoman Panduan Hidup Bahagia disediakan bertujuan untuk mengingatkan kita semua bahawa pendidikan orang budiman terdahulu boleh dijadi panduan untuk sama-sama diamalkan. Pendidikan orang budiman memang berkesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam sejarah negeri China selama 5,000 tahun. Bagaimana pula pandangan golongan cendekiawan di dunia terhadap pendidikan orang budiman ini? Pada tahun 1988, para cendekiawan dunia yang terdiri daripada 75 pemenang Nobel Prize Laureates dalam satu proklamasi di Paris telah mengesyorkan bahawa sekiranya manusia ingin hidup dengan aman dan bahagia dalam abad ke-21, mereka perlu mengamalkan pendidikan yang disampaikan oleh Confucious pada 2,500 tahun yang lalu. (http://www.scribd.com/doc/2538319/NOBEL-LAUREATE-INVITATION-TO-UN-WITH-ATTACHMENTS) Kini, antara orang yang giat memperkenalkan pendidikan Panduan Hidup Bahagia di peringkat antarabangsa ialah Profesor Shi Chin Kung AM (berumur 86 tahun pada 2012). Beliau berpendapat bahawa sekiranya kita ingin mengelakkan konflik dan memulihkan keamanan, jalan yang harus ditekankan ialah pendidikan. Pada tahun 2005, Profesor Shi Chin Kung AM telah memulakan satu projek pendidikan di Lujiang Center for Cultural Education di negeri China yang telah mentrasformasikan satu bandar yang mempunyai seramai 48,000 penduduk di bandar Tangchi. Pusat ini menggunakan Di Zi Gui (Panduan Hidup Bahagia) sebagai buku panduan untuk dididik dan diamalkan oleh individu, keluarga, sekolah, organisasi. Eksperimen di Tangchi telah membuktikan kejayaan yang mengagumkan kerana ia kini terkenal sebagai bandar harmoni yang diperakui badan-badan antarabangsa. Di Zi Gui ini telah digunakan untuk mendidik para banduan dan kakitangan di penjara Pulau Hainan, negeri China yang membawa kesan positif yang amat menggalakkan. Panduan Hidup Bahagia ini memang popular dalam sejarah negara China. Pada zaman dulu, sejarah negara China dikatakan memang terkenal dengan pendidikan orang-orang budiman, khasnya Confucius (551 S.M. – 479 S.M.) yang terkandung dalam Di Zi Gui telah membawa kebahagiaan hidup kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Pendidikan Di Zi Gui kemudiannya telah mempengaruhi amalan kebudayaan Jepun dan Korea sehingga kini! Walau bagaimanapun, kerana terlalu percaya kepada sains dan teknologi serta mengabaikan pula pendidikan orang budiman, Di Zi Gui ini ditinggalkan oleh kerajaan negeri China kira-kira 100 tahun yang lalu. Nilai-nilai pembangunan barat pula diberi penekanan dalam kehidupan harian. Akibatnya, golongan muda negara itu kurang berbudi bahasa. Pada awal abad ke-21, kerajaan negeri China telah sedar bahawa penekanan yang diberi dalam pembangunan negara berdasarkan liberalisasi dan globalisasi hanya membawa kepada kekayaan ekonomi tetapi bukan kebahagiaan hidup. Malah, pelbagai masalah sosial telah timbul akibat penerimaan budaya barat yang mementingkan individu, kebendaan, status, persaingan dan kebebasan. Oleh itu, kerajaan China kini giat menyokong usaha-usaha untuk menghidupkan kembali ajaran orang-orang budiman yang terdahulu, bermula dengan Di Zi Gui. Pelbagai forum awam (tempoh selama 2-4 hari) yang berkaitan dengan kepentingan Di Zi Gui dan relevannya kepada masyarakat moden telah diadakan di seluruh negara yang melibatkan penyertaan 2,000 hingga 8,000 orang bagi setiap forum. Forum ini melibatkan 20-40 orang penceramah yang berkongsi pengalaman bagaimana Di Zi Gui telah menyelamatkan diri dan keluarga mereka. Aktiviti ini juga disiarkan secara langsung melalui media massa bagi manfaat masyarakat umum. Kesan daripada forum awam ini amat menggalakkan kerana kesedaran masyarakat telah meningkat terhadap pendidikan orang budiman terdahulu yang boleh membawa kebahagiaan sekiranya panduan hidup itu diamalkan. Antara kesan-kesan ketara termasuklah • Suami-isteri yang ingin bercerai telah berbaik semula • Suami-isteri yang bercerai telah berkahwin semula • Suami/isteri yang mempunyai skandal telah memberhentikan hubungan sulit itu • Anak yang nakal dan jahat telah menjadi anak yang baik • Anak yang menyertai kongsi gelap telah kembali ke pangkuan • Anak yang menghisap dadah telah meninggalkan tabiat itu • Pergaduhan antara ibu bapa dan anak telah berhenti • Anak lebih menghormati dan menjaga kehidupan ibu bapa • Anak menantu yang kejam telah berbudi bahasa terhadap ibu bapa mentua • Orang yang ingin membunuh telah membatalkan rancangan • Orang yang mengelak cukai pendapatan, mencuri bekalan elektrik dan bekalan air telah membayar ganti rugi • Kaki judi berhenti berjudi • Kaki botol berhenti mengambil minuman keras • Pesakit kanser telah dapat menyelamat nyawa • Pesakit kencing manis telah sembuh • Pegawai kerajaan (termasuk doktor) telah berhenti menerima rasuah • Orang yang terlibat dalam perniagaan haram telah memberhentikan aktiviti itu • Orang yang menjalankan aktiviti merosakkan akhlak dan moral telah memberhentikan perniagaan • Orang yang berniaga secara ikhlas dan beramanah telah menerima keuntungan berkali ganda

Sunday, June 3, 2012

PENGENALAN Adakah anda bahagia? Cabaran Hidup Yang Membimbangkan Tatacara mencapai kebahagiaan hidup ini dinyatakan dengan jelas dalam semua kitab agama dan penulisan orang budiman yang menjadi panduan. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini, masyarakat menghadapi pelbagai cabaran yang mengancam kebahagiaan hidup. Berbanding dengan generasi terdahulu, generasi kini (tua, muda dan kanak-kanak) lebih mementingkan kebendaan, persaingan, demokrasi, kebebasan dan pemakanan segera akibat terdedah kepada pelbagai kesan negatif media. Tanpa disedari, kebanyakan rakyat di dunia amnya dan rakyat Malaysia khasnya sedang menuju ke arah satu perjalanan hidup yang boleh membawa kepada satu krisis yang mampu mengancam dan menghancurkan kebahagiaan keluarga. Kestabilan negara juga akan turut tergugat sekiranya rakyat terlalu dipengaruhi unsur-unsur negatif ini. Konflik antarabangsa akan berterusan. Tumpuan pendidikan (formal dan tidak formal) yang sebenar adalah untuk mendidik kita menjadi insan yang baik dan berguna. Namun perkara itu sering diabaikan kerana masyarakat lebih menekankan pencapaian akademik dan kebendaan yang berasaskan persaingan. Di era moden ini, ibu bapa menghadapi pelbagai masalah dan berhadapan dengan isu-isu pembelajaran anak seperti: • Anak mengingkari kata-kata ibu bapa • Anak bertelingkah dengan adik-beradik • Anak tidak menghormati orang dewasa • Anak menghisap rokok atau dadah • Anak malas dan tidak mahu bekerja • Anak tidak mahu buat kerja rumah • Anak asyik menonton TV/Video/DVD • Anak asyik bermain permainan komputer dan telefon bimbit • Anak sanggup mencederakan ibu bapa dan adik- beradik • Anak tidak menghargai alam sekitar • Anak tidak lagi menganggap masa itu emas • Anak tidak berfikir tentang masa depan • Anak kahwin lari • Anak hilang haluan hidup • Anak tidak menjaga ibu bapa yang tua • Berlaku sumbang mahram • Anak lebih mementingkan kebendaan • Anak lebih suka makan makanan segera yang tidak berkhasiat Malahan, kebanyakan orang dewasa menghadapi pelbagai masalah dalam interaksi harian seperti: • Suami ingin kahwin lagi • Suami tidak bertanggungjawab • Isteri yang bekerja mengabaikan urusan rumah tangga • Isteri mementingkan kebendaan • Suami/Isteri mempunyai skandal • Suami/isteri berhutang • Mentua tidak bertimbang rasa • Menantu bersikap sombong • Ramai wanita dan lelaki memilih untuk tidak berkahwin • Ibu bapa dan anak-anak bersikap panas baran akibat tekanan mental dan fizikal. Lebih teruk lagi, akan membawa kepada pembunuhan • Ibu bapa menjadi pembantu rumah • Anak buah tidak mengikuti arahan • Anak buah tidak menghormati pemimpin • Anak buah curi tulang • Anak buah berbohong • Suami mengabaikan nafkah kepada isteri • Isteri yang berkerjaya terlalu mengejar kenaikan pangkat sehingga mengabaikan pendidikan (termasuk pendidikan moral ) kepada anak-anak • Ibu yang berkerjaya kurang meluangkan masa untuk memasak kepada keluarganya menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Kebanyakan ibu bapa kehilangan idea untuk mendidik anak-anak mereka. Kebanyakan orang menghadapi masalah komunikasi dengan orang lain. Pakar sains dari barat dirujuk dan pelbagai program motivasi disertai. Kesannya juga amat terhad. Bagaimanakah kita dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup?

Saturday, June 2, 2012

PRAKATA untuk PANDUAN HIDUP BAHAGIA Dalam era sains and teknologi yang semakin maju ini, ramai orang dan keluarga tidak bahagia. Masyarakat juga tidak harmoni kerana konflik berlaku baik di peringkat tempatan, nasional mahupun antarabangsa. Panduan Hidup Bahagia ini berdasarkan Di Zi Gui, iaitu pendidikan moral dan etikal. Ianya merupakan satu pendidikan yang sesuai diamalkan oleh semua orang tanpa mengira latar belakang keturunan, kebudayaan dan kepercayaan. Ia mendidik kita bagaimana mencapai kebahagiaan melalui amalan harian yang dapat memperbaiki hubungan antara (a) suami dan isteri, (b) anak dan ibu bapa, (c) adik-beradik, (d) pemimpin dan dipimpin atau majikan dan pekerja, dan (e) rakan-rakan. Ia boleh diaplikasikan kepada hubungan antara bangsa dan negara tanpa sempadan kerana kebahagian wajar dinikmati oleh semua insan di dunia. Pendidikan dalam DI Zi Gui atau Panduan Hidup Bahagia ini menekankan satu realiti dalam kehidupan, iaitu orang yang paling penting dalam hidup kita ialah ibu bapa. Tanpa ibu bapa, kita tidak akan dilahirkan di dunia ini. Bayi dibesarkan dengan susu ibu dan susu itu sebenarnya darah ibu. Setiap bayi minum ratusan liter susu ibu untuk membesar. Jika kita sentiasa mengenang budi dan mengingati jasa ibu bapa terhadap kita, sudah semestinya kita tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati mereka. Nilai-nilai kasih sayang yang telah diterapkan oleh ibu bapa kita semenjak kita kecil lagi perlulah sentiasa dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba ini. Walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan dalam sehari, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan ajaran ibu bapa kita kerana tiada ibu bapa yang ingin melihat anaknya hidup dalam keresahan. Mudah-mudah anda juga dapat mencapai kebahagiaan yang hakiki melalui pengamalan Panduan Hidup Bahagia.