Penulisan buku ini tidak lengkap tanpa menerangkan proses detoksifikasi dan tindak balas badan kita. Penerangan ini penting kerana tindak balas detoks berikutan amalan pemakanan sihat merupakan satu cabaran dalam proses pengembalian kesihatan kita. Ia biasanya dikenali sebagai krisis penyembuhan.
Setelah keluarga saya memulakan perjalanan kepada pemakanan sihat, toksin mula dikeluarkan dari badan. Badan yang sihat akan melalui proses detoksifikasi. Oleh kerana kami banyak mengambil makanan berasid sebelum 1996, tibalah masa untuk mengalami proses detoksifikasi.
6.1: Detoksifikasi
Istilah detoksifikasi kini sering didengar kerana ramai yang terlibat dalam perniagaan makanan tambahan juga menggunakan istilah ini.
Detoksifikasi boleh didefinisikan sebagai satu proses pembuangan toksin daripada kolon, hati, buah pinggang, pundi hempedu, paru-paru, kulit, limfa dan darah (Calbom et al. 2003). Biasanya, badan mengikis toksin yang diterima melalui makanan, air dan udara dengan empat proses metabolik yang berikut (Kushi & Jack 2003), iaitu lepasan pernafasan, perpeluhan, pembuangan air kecil dan pembuangan air besar.
6.2: Proses Detoksifikasi
Proses detoksifikasi boleh diterangkan dengan cara berikut. Badan berasid adalah seperti satu gelas air yang tercemar atau keruh. Sekiranya kita memasukkan air bersih dan sihat, air keruh itu akan menjadi bersih dan sihat. Semasa kita memasukkan air bersih, air keruh di dalam gelas akan dikeluarkan dari gelas itu. Air kotor yang dikeluarkan adalah toksin di dalam badan kita dan dibuang melalui organ-organ badan dalam bentuk seperti peluh, najis dan kahak. Dalam proses ini, apabila air menjadi semakin bersih dan jernih, pemulihan kesihatan telah bermula.
Dalam proses pemulihan ini, kita akan menghadapi pelbagai tanda ‘penyakit palsu’. Penyakit-penyakit palsu ini ialah hasil detoksifikasi yang mengeluarkan toksin dari badan seperti penerangan berikut.
“all these acute symptoms of ‘disease’ are in fact the result of an action by the body to re-establish equilibrium and positive health. As such they are corrective and eliminative and should not be suppressed. What is commonly called acute disease is really the result of nature’s efforts to eliminate waste matter or poisons from the body and to repair injured tissues. If this acute condition is not allowed to run its natural course, or is treated with suppressive methods and therefore not allowed to fulfil its intended function of elimination, then eventually chronic disease will result” (Trattler 2001).
“As toxins are released and parasites and candida (overgrowth of yeast) die off, waste products pour into the system. When they are released faster than the body can eliminate them, we can experience symptoms such as fever, chills, nausea, diarrhoea, cramps, headaches, skin eruptions, sleep disturbances, increased thirst, loss of appetite, fatigue, irritability, ear infection, head or chest cold and flu-like symptoms. …This elimination process is often referred to as the healing crisis.” (Calbom et al. 2003)
Pelbagai ‘penyakit palsu’ yang kita hadapi dalam proses detoksifikasi menunjukkan keadaan bahawa badan kita sedang membebaskan diri daripada pelbagai toksin melalui proses-proses berikut (Trattler 2001).
1. Cirit-birit dan muntah ialah percubaan badan untuk mengikis bahan toksin.
2. Demam menambahkan kadar metabolik dan pengaliran darah dan limfa. Ini mempercepat pembuangan toksin. Demam juga mewujudkan satu alam sekitar yang tidak sesuai untuk kuman dan virus.
3. Bengkak dan edema (atau pengumpulan cecair) ialah tindakan badan melawan masalah di sesuatu tempat.
4. Jangkitan, buasir dan jerawat berkait dengan proses pembersihan dalaman.
5. Mukus ialah satu jenis toksin yang dibuang dari badan.
6. Bersin dan batuk ialah percubaan badan untuk membuang toksin dan kotoran di dalam sistem pernafasan.
7. Berpeluh dapat mengeluarkan toksin melalui kulit.
Jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat, kita akan mengalami tanda-tanda detoksifikasi yang disebutkan. Tanda-tanda ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu yang lain bergantung pada jumlah bahan-bahan toksin yang terkumpul di dalam badan kita.
Kebiasaannya, sesuatu krisis penyembuhan mengambil masa satu hingga tiga hari dan sekiranya tenaga badan adalah rendah, penyembuhan boleh mengambil masa satu minggu atau lebih (Calbom et al. 2003). Jika anda mempunyai keyakinan yang cukup, terimalah tindak balas dan tanda-tanda detoksifikasi ini kerana tanda-tanda ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu. Tindak balas detoksifikasi ini akan menguatkan badan kita pada masa hadapan seperti kata-kata: “the swelling and inflammation (boil or abscess) is a wise response of the body, for they constitute a complete quarantine, a thick barricade of inflammatory tissue to prevent the enemy (microbes or poisons) from spreading further throughout the body” (Bieler 1965).
6.3: Tindak Balas Detoks
Kini terdapat lebih banyak penulisan tentang tindak balas detoksifikasi. Antara tindak balas atau ketidakselesaan badan (Diamond &Diamond 1985) adalah seperti berikut:
1. Sembap
2. Kesenakan atau flatulens
3. Sakit kepala
4. Sakit badan
5. Penat
6. Bimbang
7. Pembuangan najis longgar
8. Pembuangan lendir atau mukus
Semua tindak balas dan ketidakselesaan di atas menunjukkan badan sedang memulihkan kesihatan dan akan berlaku dari semasa ke semasa. Bayangkanlah betapa lama anda telah mengalami pengumpulan toksin di dalam badan. Mungkin selama 20, 30, 40, 50, 60 tahun atau lebih. Anda tidak boleh mengharapkan tindak balas detoks tamat dalam satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun. Jika toksin di dalam badan terlalu banyak, maka tindak balas detoks akan mengambil masa yang lama. Anggaplah ini sebagai ketidakselesaan sementara dalam proses detoks dan permulaan proses pemulihan kesihatan (Diamond & Diamond 1985).
Jika anda mengalami tindak balas detoks ini, jangan tinggalkan amalan makan sihat dan kembali kepada tabiat pemakanan lama yang tidak sihat. Sekiranya ketidakselesaan ini berterusan, anda boleh dapatkan nasihat dari pakar perubatan.
6.4: Tindak Balas Detoks Bapa Mentua
Seperti yang diterangkan dalam Bab 2, bapa mentua saya menghidap kanser prostat pada tahun 1996 semasa beliau berumur 62 tahun. Semenjak itu, kedua-dua ibu bapa mentua saya tinggal bersama keluarga saya. Bertukar kepada amalan tabiat pemakanan yang sihat telah memanjangkan usianya sehingga beliau meninggal pada awal tahun 2009. Dalam proses detoksifikasi, tindak balas utama beliau termasuklah: deman, hidung berair, batuk dari masa ke masa (1996-2003), demam, batuk, lemah badan, sakit kaki, sakit dada dari masa ke masa (2004-2006), lemah badan, sakit kaki, sakit badan, sakit tulang belakang (2007-2009).
Demam, hidung berair dan batuk telah menemani kehidupan bapa mentua saya sejak kecil lagi. Antara 1996 dan 2003, beliau mengambil ubat demam dan ubat batuk kerana ingin pulih dalam masa singkat.
Pada tahun 2003, saya memberitahu beliau cara yang paling baik untuk menghadapi demam dan batuk ialah berehat. Setelah mendengar nasihat saya, bapa mentua saya telah bersedia untuk menghadapi demam dan batuk secara semula jadi. Beliau berehat saja dan pulih dalam masa beberapa hari.
Pada Februari 2005, bapa mentua saya menghadapi masalah sakit dada. Beliau cuba meminum satu gelas jus herba hasil hancuran daun lidah jin/pecah biling (Strobilanthes crispus) setiap hari. Jenis tumbuhan herba ini ditanam oleh beliau sendiri di halaman belakang rumah. Selepas beberapa hari, kesakitan dadanya telah hilang. Dengan itu juga, beliau telah membatalkan janji temu dengan doktor pakar.
Pada sebelah pagi 7 Januari 2007, selepas bersarapan dan sembahyang, bapa mentua saya bersedia ke FRIM untuk latihan Quolin Qi Gong. Sebelum meninggalkan rumah, beliau berasa pening kepala, mula berpeluh sejuk dan lemah badan. Beliau terpaksa berehat di rumah selama lima hari.
Pada hari kelima, 11 Januari 2007, beliau mengambil bahagian dalam penggambaran program TV yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Syarikat itu dibayar oleh CIMB dengan kerjasama Sime Darby Berhad untuk menyediakan siri program bertajuk ”Seeds”, iaitu salah satu siri program TV yang berkaitan dengan pertanian organik. Salah satu bahagian menerangkan bagaimana makanan sihat telah mengembalikan kesihatan bapa mentua saya. Siri program tersebut telah ditayangkan di NTV7 pada 5-5.30 petang, 27 Mei 2007.
Pada Februari 2007, bapa mentua saya mengalami kesakitan kaki kanan. Kali ini kesakitan adalah teruk sekali sehingga beliau terpaksa berjalan dengan perlahan. Akibatnya, beliau terpaksa mengambil ubat untuk beberapa bulan pada tahun 2007, sebelum dan selepas pembedahan tulang belakang.
Dalam proses mengamalkan makanan sihat, kami tidak menolak kemudahan dan rawatan yang diberi oleh doktor. Selepas pembedahan itu, ubat sakit yang diberi oleh doktor pula jarang dimakan. Kami percaya bahawa kemudahan kesihatan moden hanya diterima sekiranya perlu.
6.5: Tindak Balas Detoks Emak Mentua
Emak mentua saya menghadapi masalah “angin di dalam perut” sebelum kami bertukar kepada pemakanan sihat pada tahun 1996. Masalah ini bermula pada tahun 1981 semasa beliau berumur 44 tahun. Beliau bersabar ketika masalah ini timbul. Kadang-kala, apabila beliau tidak dapat tidur nyenyak kerana masalah “angin di dalam perut” dan beliau mengambil ubat yang diberi oleh doktor. Antara tahun 1990 dan 1996, kadang- kala masalah ini menjadi teruk. Dalam keadaan tersebut, beliau terpaksa diwadkan di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Setelah bertukar kepada pemakanan sihat pada tahun 1996, masalah ini tidak hilang.
Pada pertengahan 1996, kami terpaksa menghantar beliau ke sebuah hospital swasta pada tengah malam kerana beliau tidak dapat menahan kesakitan yang disebabkan oleh “angin di dalam perut”. Keesokannya, setelah diperiksa dan ubat dimakan, beliau telah sembuh dan balik ke rumah. Rawatan dan ubat yang diberi dalam masa 24 jam ini memakan belanja sebanyak RM1,500. Antara tahun 1997 dan 2002, disebabkan masalah “angin di dalam perut”, beliau terpaksa dimasukkan ke wad hospital beberapa kali. Masalah kesihatan ini sembuh buat sementara waktu.
Menjelang penghujung tahun 2002, emak mentua saya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan seluruh badan. Dalam proses ini, beliau diberitahu doktor bahawa terdapat batu karang di dalam badannya. Beliau cuba memecahkan batu karang itu dengan cara semula jadi. Walau bagaimanapun, agak terlewat bagi emak mentua saya yang berumur 65 tahun untuk menggunakan cara ini untuk mengeluarkan batu karangnya kerana pemeriksaan sinaran-X menunjukkan batu karang berwarna hitam masih berada di dalam badannya.
Resipi mengeluarkan batu karang secara semula jadi (Lai 1997):
1. Meminum jus epal (lima biji epal sehari) selama enam hari dan dalam tempoh ini makanan adalah seperti biasa.
2. Pada hari keenam, tidak makan apa-apa lepas makan tengah hari.
3. Ini diikuti dengan minuman air garam Epsom pada pukul 6.00 petang dan 8.00 malam pada hari keenam.
4. Minyak zaitun (setengah gelas) dicampur dengan jus lemon (dari tiga biji lemon) diminum pada pukul 10.00 malam hari yang sama.
5. Pada keesokan harinya (hari ketujuh), batu karang dikeluarkan secara semula jadi.
Menurut doktor pakar di hospital swasta, batu karang inilah yang menyebabkan masalah “angin di dalam perut”nya. Memandangkan tiada cara yang lain untuk mengeluarkan batu karang tersebut, satu pembedahan telah dilakukan untuk membuang hempedu iaitu tempat batu karang membentuk. Kos pembedahan dan rawatan tiga hari di hospital melibatkan RM 6000.
Seminggu selepas pembedahan, emak mentua saya mengalami sakit perut yang teruk. Sekali lagi, beliau dimasukkan ke wad di hospital yang sama untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan. Pada sebelah petang hari kedua, beliau rasa ingin muntah. Pada masa itu, seekor cacing yang panjangnya 15 cm dengan diameter 1 mm telah keluar dari mulutnya. Ini mengejutkan beliau. Begitu juga kami. Sakit perutnya berhenti.
Pada Mac 2004, cabaran untuk menghadapi masalah “angin di dalam perut” timbul lagi. Apa yang berbeza pada kali ini ialah emak mentua saya lebih bersedia untuk mengadapi masalah ini. Beliau membuat keputusan tidak akan mengambil apa-apa jenis ubat dan menganggapnya sebagai tindak balas detoks. Beliau berehat di rumah, menjaga makanan seharian dan bersabar menghadapi ketidakselesaan perut selama empat hari. Selepas empat hari, “angin di dalam perut”nya telah hilang. Ini sesuatu yang memeranjatkan beliau. Dengan keadaan mental yang kuat dan penuh keyakinan, masalah “angin di dalam perut” hilang begitu sahaja.
6.6: Tindak Balas Detoks Diri
Bertukar kepada makanan sihat telah dapat mengatasi satu masalah lama saya, iaitu gatal dubur. Semasa saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (1976-1980), saya telah menghadapi masalah ini dan mengganggu semasa saya tidur di waktu malam. Antara tahun 1979 dan 1996, saya terpaksa bergantung kepada ubat moden dan tradisional untuk meringankan kegatalan ini. Apabila keluarga saya bertukar kepada pemakanan sihat pada pertengahan tahun 1996, dalam masa tiga bulan, kegatalan itu lenyap begitu sahaja. Sungguh menakjubkan.
Selepas keluarga saya bertukar kepada pemakanan sihat pada tahun 1996, saya mulai mengalami tindak balas detoks yang lain. Pada mulanya, demam, hidung berair dan batuk berlaku. Saya berpegang kepada nasihat Diamond & Diamond (1985), iaitu “This is not a cold”. Keputusan saya ialah tidak mendapat rawatan doktor kecuali perlu. Apabila saya berasa demam dan batuk, saya berehat sahaja. Antara 1996 dan 1999, semua tindak balas detoks ini ditangani secara semulabjadi, tanpa mengambil apa-apa ubat moden atau tradisional.
Pada tahun 2000, tindak balas utama detoks saya ialah terbentuknya buasir luaran (iaitu hemorrhoids). Mereka yang pernah mempunyai buasir mengetahui betapa sukar hidupnya. Anda tidak dapat berjalan, berdiri, duduk dan tidur dengan selesa. Keputusan saya ialah mengambil cuti tahunan dan terus berehat di rumah. Pada masa itu, saya tidak mempunyai keyakinan yang cukup untuk menerima buasir sebagai satu tindak balas detoks. Isteri saya menggalakan saya mendapat rawatan doktor. Cadangan doktor ialah menjalankan pembedahan untuk membuang buasir itu. Ini melibatkan kos beberapa ribu ringgit jika pembedahan diadakan di hospital swasta. Saya tidak bersedia untuk pembedahan ini.
Pada masa yang sama, saya minum air dan makan ubi kayu kerana diberitahu oleh rakan sekerja bahawa masalah buasir boleh diringankan. Rakan sekerja saya juga menasihatkan saya supaya makan dua biji ubat tradisional Cina untuk mengatasi masalah ini. Selepas ubat Cina diambil, buasir saya pecah pada keesokannya dan buasir telah sembuh dan kesakitan juga hilang.
Ini tidak bermakna masalah buasir tidak berulang. Pada 15 Januari 2007, satu lagi buasir kecil terbentuk di sebelah tempat buasir lama. Pada kali ini, buasir ini tidak membawa kesakitan dan sembuh dalam masa dua hari. Saya tidak ambil cuti atau makan apa-apa ubat dan ia tidak membawa apa-apa gangguan dalam kegiatan harian. Saya memandu kereta untuk menjalankan kerja luar di Pahang pada 17-19 Januari 2007.
Pada September 2003, semasa saya masuk ke pejabat untuk bekerja, saya mendapati tangan kanan saya tidak dapat diangkat melebihi ketinggian bahu bagi tujuan menyesuaikan suhu pendingin hawa. Saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk tujuan yang sama. Keadaan ini berkekalan selama beberapa hari. Adakah ini tanda-tanda orang yang meningkat umur? Dari majalah kesihatan, saya mengetahui bahawa apabila seseorang menghampiri umur 50, adalah biasa baginya mengalami sakit bahu dan tangan. Bacaan bahan-bahan perubatan semula jadi pula mencatatkan bahawa ini merupakan satu jenis tindak balas detoks. Oleh kerana saya memang yakin kepada amalan pemakanan sihat dan menerima sakit bahu itu sebagai satu tindak balas detoks, saya biarkan masalah sakit tangan dan bahu itu begitu sahaja. Selepas tiga bulan bersabar, tangan kanan saya telah sembuh dan boleh menekan butang untuk mengawal suhu pendingin hawa seperti biasa.
Sejarah sakit tangan ini telah berulang. Pada Februari 2007, tangan kiri saya pula tidak dapat diangkat melepasi ketinggian bahu. Keadan ini adalah seperti apa yang berlaku pada tangan kanan saya pada tahun 2003. Oleh kerana saya telah mempunyai pengalaman menghadapi masalah ini, kesakitan ringan apabila mengangkat tangan dibiarkan begitu sahaja. Semasa menjalankan kerja luar di Gerik, seorang rakan telah memperkenalkan tukang urut tradisional Melayu bagi melonggarkan bahagian bahu yang tegang. Pesanan tukang urut ialah keperluan untuk menggerakkan tangan dan mengangkat tangan walaupun terasa sakit. Cara ini nampaknya berkesan. Menjelang Ogos 2007, saya dapat mengangkat tangan kiri melebihi bahu. Ketidakselesaan yang berlaku antara Februari dan Ogos 2007 telah hilang. Tangan kiri saya kini dapat berfungsi seperti biasa.
Pada bulan November 2009, kaki kanan saya pula merasat sakit.Tetapi kesakitan ini hanya dialami selama 8 hari. Sungguhpun demikian, kesakitan ini tidak mengganggu kehidupan harian saya. Sepanjang tempoh 8 hari tersebut, tiada rawatan digunakan untuk memulihkan kesakitan yang telah saya alami.
6.7: Tindak Balas Detoks Isteri
Pada peringkat permulaan proses detoks, demam, hidung berair dan batuk ialah tindak balas yang biasa untuk isteri saya. Beliau seorang yang kurang sabar apabila menghadapi tindak balas detoks ini. Antara tahun 1996 dan 1999, reaksi utama beliau terhadap tindak balas detoks ini ialah mengambil ubat dari farmasi untuk menghilangkan demam ini secepat mungkin. Apabila perubatan diri tidak berkesan, beliau mendapatkan rawatan dan seterusnya makan ubat yang diberi oleh doktor.
Isteri saya menyedari bahawa cara ini bukan penyelesaian yang menyeluruh terhadap masalah kesihatannya. Mulai tahun 2002, beliau membuat keputusan untuk menghadapi kesan tindak balas detoks secara semula jadi. Apabila tanda-tanda ini muncul, beliau berehat dan jika keadaan ini menjadi teruk, beliau pergi ke klinik untuk mendapatkan kebenaran untuk berehat dan mengabaikan ubat yang diberikan. Semasa berehat, beliau banyak minum air dan jus buah-buahan. Dalam masa dua hari, beliau telah sembuh. Semasa bekerja kembali, beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda seperti lemah badan atau pening kepala.
Antara tahun 2002 dan 2008, isteri saya menghadapi satu tindak balas detoks yang agak unik, iaitu sedu. Pada biasanya, sedu ini berlaku selepas makan malam. Apabila saya mengurut bahu dan bahagian belakang badannya, terasa gas keluar dari mulut. Urutan ini penting untuk membolehkan beliau tidur dengan nyenyak. Kadang-kala, semasa semua ahli keluarga sedang tidur pada waktu tengah malam, beliau duduk berhampiran tingkap dan bernafas seperti biasa untuk membenarkan gas keluar dari badannya. Mulai tahun 2006, masalah sedu mulai berkurangan.
Gatal kulit tangan merupakan satu lagi tindak balas detoks yang membawa ketidakselesaan kepada isteri saya. Semenjak dilahirkan, masalah kegatalan kulit tangan dan jari telah wujud. Sebelum 1996, rawatan dan ubat doktor telah menemani hidupnya. Minyak untuk memberhentikan gatal digunakan dari masa ke masa. Selepas 1996, selepas diberitahu bahawa gatal dubur juga telah hilang dalam masa tiga bulan berikutan amalan pemakanan sihat, beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan pengambilan ubat. Masalahnya, gatal kulit berkekalan dari masa ke masa. Pada 2002, saya menemani beliau ke kolam air panas di Selayang untuk mendapatkan rawatan semula jadi. Selepas tangan direndam dalam air panas yang bersulfur ini, kegatalan berkurangan, walaupun kesannya bersifat sementara. Mulai tahun 2004, isteri saya menggunakan span luffa untuk memberus bahagian tangan dan jari yang gatal. Amalan ini memberi kesan yang menggalakkan. Menjelang tahun 2009, isteri saya jarang lagi menyebut tentang masalah kegatalan pada kulit tangan.
6.8: Tindak Balas Detoks Anak
Anak perempuan kami, Shin Jing, dilahirkan pada tahun 1995. Pada masa itu, kami masih belum bertukar cara pemakanan. Sudah tentu anak perempuan ini kurang sihat kerana ibunya mengamalkan makanan tidak sihat sejak kecil lagi sehingga masa mengandung. Semasa proses pembesaran, anak ini diberikan makanan seperti telur, daging dan susu tepung seperti yang diamalkan oleh kebanyakan ibu pada masa kini. Sudah tentu, toksin telah berkumpul di dalam badannya. Apabila anak ini berumur lima tahun pada tahun 2000, dengan pujukan dan kasih sayang dari ahli-ahli keluarga, beliau mulai menerima cara pemakanan yang sihat.
Sebelum tahun 2002, apabila anak perempuan ini mengalami demam panas, beliau telah dibawa untuk mendapatkan rawatan doktor dan seterusnya pelbagai jenis ubat untuk mengurangkan kepanasan, antibiotik, dan ubat batuk digunakan. Setelah ubat diambil, beliau kelihatan penat dan lemah selepas setiap rawatan. Selepas beberapa bulan, demam panas kembali dan pengambilan ubat diteruskan.
Pada tahun 2002, kami membuat keputusan untuk mengubah cara menghadapi demam panas beliau. Pada Disember 2002, semasa cuti sekolah, anak kami mengalami demam panas, kami menerangkan kepadanya bahawa demam panas sebenarnya adalah baik kepada sistem ketahanan badan seseorang jika dijaga dengan baik. Oleh itu, apabila demam panas berlaku, kita tidak semestinya berjumpa doktor dan mengambil ubat. Kita boleh menggunakan cara semula jadi menghadapinya.
Anak perempuan kami menerima keputusan kami dan sanggup bekerjasama dalam cara pemulihan baru ini. Kami membeli sebuah jangkasuhu untuk memantau suhu badannya pada setiap satu jam. Penggunaan jangkasuhu ini penting bagi memastikan suhu badannya tidak meningkat sehingga aras 40 ° C. Jika suhu badan berkekalan selama satu jam pada aras 40 ° C kami perlu menghantar beliau ke hospital untuk mendapat rawatan doktor pakar.
Oleh kerana demam panas anak kami berlaku pada musim cuti sekolah, isteri saya mempunyai masa lapang untuk menjaganya. Isteri saya memang berusaha dalam mengamalkan pendekatan ini dengan menyediakan jus buah-buahan dan air minuman suam disediakan. Anak perlu minum salah satu jenis air atau jus setiap satu jam. Dalam masa dua hari, demam panas anak kami berjaya dikurangkan dan kesihatan beliau sembuh kembali.
Antara tahun 2003 dan 2008, anak perempuan kami mengalami demam panas antara satu hingga lima kali setahun. Pada kebiasaanya, ia mengambil masa satu hingga lima hari untuk sembuh secara semula jadi kecuali pada penghujung tahun 2003 di mana beliau mengambil masa selama 22 hari untuk semuh.
Demam panas anak kami pada April 2003 memberi cabaran baru. Komuniti dunia risau tentang berlakunya SARS pada masa itu. Selepas tiga hari, suhu badan anak kami masih tidak stabil dan kadang-kala meningkat sehingga ke aras 40.3° C. Perlukah kami menghantarnya ke hospital? Kami menelefon Lapis Lazuli Light Society Malaysia, satu badan bukan kerajaan yang menggalakkan rawatan semula jadi, untuk mendapatkan nasihat dan keyakinan. Kami juga merujuk buku-buku yang berkaitan.
Kami juga menerangkan kepada anak kami mengenai keadaan demam panasnya, pengalaman lepas dan sebab tidak menghantarnya ke klinik buat sementara waktu. Beliau juga diingatkan bahawa makanan tidak sihat yang diterima di sekolah boleh menjejaskan kesihatan. Sukar bagi beliau faham semua ini tetapi beliau mengikut saja keputusan kami. Beliau cuma bimbang kerana demam panas tidak membolehkan beliau menghadiri pembelajaran di sekolah. Kami menerangkan bahawa kesihatan adalah lebih penting dalam kehidupan sekiranya beliau ingin maju dalam pelajaran dalam jangka panjang. Menjelang hari keenam, beliau telah sembuh dari demam panas.
Menangani demam kanak-kanak ialah satu cabaran besar sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan, pemahaman dan pengalaman dan keyakinan yang cukup. Cabaran paling kritikal bagi demam panas anak kami berlaku antara 18 November hingga 9 Disember 2003. Tindak balas detoksnya adalah serius sekali. Anak kami bukan sahaja mengalami demam panas dan batuk, malahan bibirnya menjadi kering, kulitnya menggelupas dan bintik putih muncul. Di samping itu, bintik-bintik merah juga muncul di dada dan perutnya yang juga membawa kesakitan ringan dari masa ke masa. Mujur, kami sudah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi cabaran ini. Dalam tempoh ini, suhu badannya berada dalam lingkungan 37 ke 40.2 ° C.
Kami merujuk penulisan hasil pengalaman orang lain yang menggunakan cara semula jadi untuk menghadapi demam panas. Kami mendapati bahawa demam panas ini boleh berlanjutan sehingga sebulan atau lebih. Apabila seseorang kanak-kanak sembuh dari demam panas, kanak-kanak itu akan kelihatan sihat dan tidak menunjukkan tanda penat atau lemah. Yang menarik ialah apabila anak perempuan kami sembuh dari demam panas ini, matanya kelihatan terang dan sihat seperti yang diterangkan berdasarkan pengalaman orang lain. Tiada orang menyangka bahawa beliau baru sembuh dari demam panas selama 22 hari apabila keluarga saya menghadiri satu kegiatan rasmi di Genting Highlands pada 10 Disember 2003.
Pengalaman kami dalam menangani demam panas telah meyakinkan kami tentang cara semula jadi. Anak perempuan kami telah menghidap demam panas pada 2004 (tiga kali, tiga-lima hari setiap kali), 2005 (tiga kali, tiga-empat hari setiap hari), 2006 (dua kali, empat hari setiap hari), 2007 (satu kali, dua hari), 2008 (satu kali, tiga hari), 2009 (satu kali, tiga hari), dan 2010 (satu kali tiga hari) dan rawatan cara semula jadi diamalkan untuk menyembuhkannya. Dalam semua keadaan, demam panas datang dan pergi secara semula jadi. Kini, anak perempuan kami dianggap lebih sihat berbanding dengan masa lepas.
Menangani demam panas anak lelaki kami adalah lebih mudah. Beliau dilahirkan pada 2001, dikandung dan dilahirkan setelah isteri saya bertukar kepada pemakanan sihat semenjak tahun 1996. Berat badan semasa kelahiran bayi vegetarian ini ialah empat kg berbanding dengan berat purata bayi lain tiga kg semasa kelahiran. Proses melahirkan anak ini juga tidak memakan masa yang panjang, cuma dua setengah jam kesakitan sebelum bayi dilahirkan.
Semenjak dilahirkan, anak lelaki kami tidak mengambil daging, telur dan barangan tenusu secara langsung. Ini menjadikan beliau sentiasa sihat. Sejak dilahirkan, beliau cuma mendapat rawatan doktor sebanyak sekali dan beliau juga jarang diserang demam panas. Kekerapan demam beliau ialah sekali pada tahun 2002 (selama dua hari), sekali dalam tahun 2003 (satu hari), tiga kali pada tahun 2005 (dua–tiga hari setiap kali), dua kali pada tahun 2006 (satu–dua hari setiap kali), tiga kali pada tahun 2007 (dua-empat hari setiap kali), dua kali pada tahun 2008 (tiga-empat hari setiap kali), sekali pada tahun 2009 (tiga hari) dan sekali pada tahun 2010 (enam hari).
Pada 16–19 Februari 2007, anak lelaki kami mengalami demam panas. Pada hari kedua (17 Februari), beliau mengikut kami balik ke Kampung Air Jernih (Kemaman, Terengganu), iaitu kampung asal saya yang terletak 330 km dari Kuala Lumpur) untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama orang tua saya. Oleh kerana anak lelaki saya lambat sembuh, hal ini telah merisaukan ibu-bapa dan adik-beradik saya. Sukar bagi mereka menerima cara saya dan isteri merawat demam panas anak kesayangan kami. Pada mereka, apabila seorang kanak-kanak demam panas, rawatan doktor adalah perlu.
Kami tidak terlalu mengendahkan nasihat itu tetapi menjaga suhu dan makanan anak kami. Kami mengurut badan beliau untuk memudahkan beliau tidur. Untuk memulihkan kesihatannya, kami balik ke Kuala Lumpur pada 19 Februari, satu hari lebih awal daripada perancangan kami. Sebelum kami meninggalkan kampung asal, kami memberitahu mereka bahawa anak kami akan menerima rawatan doktor jika diperlukan. Dalam proses pemulihan, suhu badan anak kami berada dalam lingkungan 37–40.5 ° C. Seperti masa lalu, beliau sembuh secara semula jadi.
Apakah pelajaran yang kami telah terima?
1. Jika seorang ibu telah mengamalkan pemakanan sihat sebelum mengandung, anaknya akan menjadi lebih sihat.
2. Jika anak dibesarkan dengan makanan sihat, mereka jarang jatuh sakit.
3. Semasa kanak-kanak membesar, mereka akan hadapi demam panas dari masa ke masa. Ini ialah proses semula jadi. Oleh itu, kita boleh menanganinya secara semula jadi. Pengetahuan ini merupakan sesuatu yang baru bagi keluarga saya.
4. Apabila anak demam panas, ini berkaitan dengan proses pembesaran dan juga tindak balas detoks.
5. Penting untuk memahami tindak balas detoks. Oleh itu, jika mempunyai keyakinan yang cukup, rawatan daripada doktor tidak diperlukan.
6. Dapatkan nasihat orang yang berpengalaman sekiranya kita ingin mengamalkan cara pemulihan/penyembuhan semula jadi.
7. Jika demam panas ditangani secara semula jadi, suhu badan seorang kanak-kanak akan naik turun untuk beberapa hari dan mengambil masa untuk sembuh.
8. Dalam proses pemulihan, kita harus memberikan badan minuman seperti jus buah-buahan dan air minuman semula jadi (seperti air rebus teh bunga chrysanthemum, air kelapa dan air barli) yang dapat mengurangkan suhu badan.
9. Mengurut dan menggosok badan, kaki dan tapak kaki apabila suhu badan adalah tinggi. Cara-cara tambahan ini amat berkesan kerana kanak-kanak dapat tidur dengan cepat selepas urutan dan gosokan. Apabila beliau berehat dengan baik, tenaga semula jadi kembali untuk pulih dari demam panas.
10. Semasa mengamalkan rawatan semula jadi, ibu-bapa harus bersedia berkorban masa dan tenaga untuk menjaga anak yang demam panas/tidak sihat.
11. Sekiranya kurang keyakinan tentang rawatan semula jadi, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
6.9: Detoks Untuk Kesihatan
Detoks merupakan satu proses yang penting dalam sistem badan untuk memelihara kesihatan individu. Kesibukan kerja dan cara hidup yang moden membuatkan sesetengah individu cenderong mengambil makanan yang kurang serat, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian mereka. Ini menyebabkan makanan yang ditelan mengambil masa yang lebih lama (80 hingga 120 jam) untuk dicerna berbanding dengan orang yang mengambil makanan sihat (8 hingga 12 jam). Ini bermakna kotoran yang dikeluarkan semasa membuang air besar adalah sisa makanan yang diambil tiga hari sebelumnya. Sisa yang terkumpul dalam badan kita akan menghasilkan toksin dan membawa kepada masalah acidosis yang menjejaskan kesihatan kita.
Apabila kita mengamalkan pemakanan yang sihat, kita sedang menuju ke arah pengembalian kesihatan dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, baik dari segi jasmani atau rohani. Dalam proses ini, kita akan menghadapi pelbagai cabaran yang berkaitan dengan tindak balas detoks. Ketidakselesaan yang berlanjutan tidak akan berkekalan. Keyakinan dalam menangani tindak balas detoks adalah penting.
Proses detoks ialah satu proses sepanjang hayat. Proses ini tidak akan berhenti selagi terdapat toksin di dalam tubuh badan kita. Dalam proses detoks, kita akan merasai penderitaan sebelum menikmati kebahagian (Calbom et al. 2003). Jika anda telah banyak mengambil makanan tidak sihat pada masa lepas, bersedia dan bersabarlah untuk menerima tindak balas detoks selepas bertukar kepada makanan sihat. Walau bagaimanapun, jika anda kurang berkeyakinan, anda boleh mendapatkan rawatan doktor buat sementara waktu.
Dalam proses detoks, perubahan yang semakin jelas ialah pengurangan berat badan. Berat badan saya turun dari 78kg (1996) kepada 58 kg (2006) dan kini telah menjadi stabil. Berat badan isteri saya pula berkurangan dari 50 kg (1996) kepada 44 kg (2007) dan juga tidak banyak beribah selepas itu. Selepas toksin dikeluarkan dari badan, badan kita menjadi lebih ringan. Kita mungkin kelihatan kurus tetapi kita sedang menuju ke arah mengembalikan kesihatan.
Marilah kita bertukar kepada pemakanan sihat dan seterusnya menghadapi tindak balas detoks dengan penuh keyakinan dan kesabaran. Kesabaran dan usaha kita dalam menghadapi tindak balas detoks akan mengembalikan kesihatan.
Friday, September 10, 2010
BAB 7: KESIHATAN UNTUK SEMUA
Setiap manusia yang dilahirkan pasti akan meninggal dunia suatu hari nanti. Mengapakah kita perlu fikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan? Jawapannya ialah isu kesihatan ini adalah penting untuk diri, keluarga, masyarakat, negara, dunia dan alam semesta.
Apabila badan kita ditimpa sesuatu penyakit, maka jiwa pun turut sama menderita, justeru seseorang tidak dapat mengatasi cabaran hidup harian. Kesihatan jasmani memberi ketenangan fikiran. Kesihatan kita bukan sahaja mempengaruhi cara hidup kita, tetapi juga kehidupan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan semua bentuk hidupan di dalam alam sejagat. Jika kesihatan kita terjaga, kita dapat melakukan sesuatu yang membawa manfaat kepada generasi akan datang.
7.1: Krisis Alam Sekitar Dan Kesihatan
Masyarakat dunia sedang menghadapi satu krisis kesihatan dan alam sekitar. Aktiviti manusia telah mengeksploitasikan sumber alam dengan berlebihan. Kesannya ia telah menggugat iklim dan cuaca, kehidupan dan nyawa manusia serta keseimbangan ekosistem dan ekologi alam. Laut, sungai, air, udara dan makanan harian kita semakin tercemar, malah kawasan hutan dunia kian berkurangan. Keadaan ini membawa kepada kepanasan dunia yang boleh membawa maut serta menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.
Abad yang lalu menyaksikan satu perubahan yang besar dari segi pertambahan penduduk dunia dan pengurangan kawasan hutan. Jumlah penduduk dunia telah bertambah dari 1,550 juta pada 1900 kepada 6,080 juta pada 2000. Menurut Food and Agriculture Organization (FAO), dalam tempoh 1990–2000, dunia kehilangan 146 juta ha hutan asli yang disebabkan oleh pembalakan sementara sebanyak 15 juta ha kawasan hutan asli telah ditukarkan kepada hutan ladang. Dalam tempoh yang sama, terdapat pertambahan kawasan hutan asli yang disebabkan oleh pengembangan semula jadi. Pendek kata, dalam tempoh 1990-2000, kehilangan kawasan hutan asli ialah sebanyak 125 juta ha.
Apabila hutan asli dibalak dengan berlebihan, berlakunya pelepasan gas yang dikenali sebagai “green house gases (GHG)” dan mengakibatkan pengurangan daya alam sekitar untuk mengurangkan GHG. Kini, perubahan cuaca dan kepanasan dunia menjadi isu utama pembangunan dunia. Suhu dunia dijangka akan bertambah antara 1.4 sehingga 5.8° C dalam abad ke-21 ini.
Perubahan cuaca ini makin dititikberatkan oleh masyarakat dunia. Pada persidangan United Nations Climate Change Conference 2009 (COP 15) yang berlangsung di Copenhagen pada Disember 2009, semua negara di dunia menyatakan komitmen untuk membenteras masalah kepanasan dunia. Dijangkakan satu perjanjian antarabangsa akan dicapai pada tahun 2010 (Choi 2009). Malaysia telah mengumumkan kepada masyarakat dunia mengenai hasratnya untuk mengurangkan 40% emisi karbon menjelang 2020 dari paras intensiti emisi GDP tahun 2005 (Chiew 2009).
Bumi hanya satu sahaja. Jangan sesekali menggadai sumber asli bumi ini, demi untuk mendapat kekayaan jangka masa pendek.
Perubahan cuaca ini boleh membawa pelbagai penyakit baru di kalangan manusia dan binatang. SARS, AIDS, penyakit lembu, dan penyakit selesema burung telah dikaitkan dengan pengurangan sistem ketahanan badan yang disebabkan oleh tabiat pemakanan moden dan penggunaan ubat yang berlebihan (Kushi & Jack 2003). Di samping itu, ahli-ahli sains telah memerhatikan kehilangan berjuta-juta ekor lebah dan semenjak tahun 1989, pelbagai jenis katak juga mulai berkurangan/pupus di merata dunia (Montague 2007).
Krisis kesihatan manusia ini juga boleh dikaitkan dengan lebih banyak bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan dan pemprosesan makanan. Lebih kurang 100,000 jenis bahan kimia (daripada sejumlah 10 juta bahan kimia yang dikenal pasti) digunakan di dalam produk-produk komersial. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 1,800 jenis bahan kimia baru diperkenalkan ke dalam pasaran setiap tahun (Montague 2007).
Penternakan binatang secara besar-besaran dan penanaman sayur-sayuran secara komersial banyak menggunakan bahan kimia seperti baja, racun serangga, racun rumput-rampai dan penggalak tumbuhan. Bahan kimia di dalam makanan ternakan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan manusia. Saki-baki bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan makanan ini sepatutnya memerlukan penilaian keselamatan (International Programme on Chemical Safety, www.who.int/ipcs/food).
Masalahnya ialah sesetengah daripada bahan kimia ini tidak diuji. Daripada jumlah 100,000 bahan kimia yang didaftarkan untuk kegunaan komersial di European Union pada tahun 1981 dan 80,000 jenis di Amerika Syarikat, kurang daripada separuh tidak pernah melalui ujian asas (The Lancet, 8 November 2006 dipetik dalam Utusan Konsumer Januari–Februari 2007). Jika kita mengabaikan sikap penggunaan bahan kimia yang berleluasa ini, kesihatan manusia akan terjejas dan seterusnya alam sekitar seperti tanah, air dan udara akan tercemar.
Penggunaan bahan-bahan kimia ini dalam pengeluaran pemprosesan makanan telah meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap kesihatan jasmani dan rohani manusia. Dalam kegiatan penternakan dan pertanian, hormon pertumbuhan dan racun serangga digunakan, begitu juga dalam sektor industri pemprosesan makanan yang menggunakan pewarna tiruan, aditif, penstabil, dan pengawet. Ini menyebabkan sayur-sayuran, daging dan makanan yang dipasarkan berasid secara umumnya. Apabila kita mengambil makanan tersebut, badan kita menjadi berasid, seterusnya membawa penyakit.
Berapa banyakkah kandungan bahan kimia toksik yang terdapat di dalam tubuh badan kita? Lebih kurang 300 jenis bahan kimia toksik terdapat di dalam tubuh badan kita (Utusan Konsumer, Januari-Februari 2007). Semua ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser, asma, masalah paru-paru dan kencing manis.
Apabila kesihatan rakyat mula terjejas, akibatnya ialah produktiviti dan kualiti pekerja semakin berkurangan. Pada tahun 2005, dianggarkan purata setiap pekerja Malaysia mengambil cuti sakit selama 41 hari setahun (The China Press, 17 Mac 2005). Fenomena ini merupakan refleksi mutlak kesihatan pekerja Malaysia. Seseorang pekerja atau rakyat yang kurang sihat dari segi jasmani dan rohani menjadi tanggungan dan beban kepada negara, dari segi kewangan dan pengurangan hari bekerja yang produktif.
7.2: Apakah Yang Kita Boleh Lakukan?
Bagaimanakah kita dapat mencapai tahap kesihatan yang baik dalam keadaan makanan masa kini yang banyak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita?
Sebagai permulaan, satu pemeriksaan perubatan kesihatan perlu dijalankan. Ujian-ujian perubatan moden dapat memberi maklumat yang berguna dari segi keadaan kesihatan, penyakit yang dihidapi dan penyebabnya. Jika seseorang menghidap penyakit yang berkait dengan makanan berasid yang berlebihan, kesalahan itu bukanlah terletak pada sesiapa bahkan kerana perbuatannya. Seseorang mungkin ingin memilih tabiat pemakanan yang sihat untuk memulihkan kesihatan.
Sekiranya anda masih sihat dan tidak mempunyai apa-apa penyakit, anda boleh mendetoksifikasikan toksin di dalam badan bagi tujuan mencegah diri daripada berlakunya penyakit pada masa hadapan. Detoksifikasi boleh dilakukan melalui satu atau lebih cara berikut:
1. Pertukaran kepada pemakanan sihat dan penggunaan makanan tambahan yang sesuai untuk membuang toksin melalui saluran kencing dan pembuangan air besar.
2. Senaman dan kegiatan fizikal seperti bercucuk tanam—membuang sodium, urea, lemak, cairan dan buangan lain melalui proses berpeluh.
3. Bernafas panjang—melepaskan karbon dioksida dan gas-gas lain ke dalam udara.
4. Berpuasa jangka pendek (sehari dua)—membakar lemak yang berlebihan dalam badan mereka yang gemuk dan berlebihan berat badan.
Sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit, anda mungkin mengaitkannya dengan cara hidup dan tabiat makan. Anda boleh memilih kombinasi rawatan berikut:
1. Penggunaan ubat moden yang sesuai.
2. Berpeluh melalui senaman atau bercucuk tanam.
3. Berehat dengan secukupnya.
4. Penggunaan perubatan alternatif yang sesuai seperti pemakanan sihat, akupunkur, makanan dan minuman herba, meditasi, doa dan sembahyang.
5. Amalkan Qi Gong, Tai Qi atau yoga.
6. Berhenti mengambil minuman keras.
7. Berhenti merokok.
Kebanyakan orang lebih condong memilih ubat moden untuk memulihkan kesihatan. Salah satu faktor utama ialah kuasa penyembuhan ubat moden itu jelas diperhatikan dalam jangka masa pendek. Akan tetapi, orang sering lupa bahawa kesan-kesan sampingan yang ditinggalkan oleh ubat moden. Dalam kes-kes tertentu, perubatan konvensional tidak membawa kesan-kesan yang diharapkan dalam jangka panjang. Akibatnya, perubatan alternatif kini telah menarik lebih perhatian. Semakin ramai pesakit mendapat rawatan holistik yang tidak menekankan ubat moden (Netzer 1999).
Banyak kerajaan juga mulai menyokong perubatan alternatif. Sebagai contohnya, kerajaan Amerika Syarikat telah mengadakan pejabat khas yang dikenali Office of Alternative Medicine dan telah berkembang menjadi National Center for Complementary & Alternative Medicine. Makanan semula jadi kini dihidangkan di kantin sekolah, hospital, tempat rawatan, restoran dan kapal terbang (Kushi & Jack 2003). Kementerian Kesihatan Malaysia pula telah menubuhkan satu bahagian khas untuk perubatan tradisional dan komplementari untuk tujuan mempertingkatkan tahap kesihatan rakyat di negara kita.
7.3: Makanan Semula Jadi dan Organik
Kini, semakin ramai orang menyedari bahawa pemakanan sihat dapat memulihkan dan mengekalkan kesihatan. Di Malaysia, terdapat semakin banyak kedai organik telah dibuka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang makin bertambah. Terdapat juga kedai organik yang menyediakan makanan organik. Selain daripada itu, NGO seperti Centre for Environment, technology and development (CETDEM) bukan sahaja mengajar orang ramai untuk menanam sayur-sayuran organik (CETDEM 1988) malah telah menganjurkan Hari Organik beberapa kali setahun di Petaling Jaya, Selangor.
Kesedaran ini timbul kerana mereka yang mengamalkan tabiat pemakanan sihat mendapati kesihatan diri mereka telah diperbaiki. Selain itu, semakin banyak bukti saintifik dan penemuan baru dalam pemakanan sihat menandakan harapan yang baik ke arah penyembuhan. Kejayaan ini akan dibuktikan nyata apabila semakin ramai orang mengamalkan tabiat pemakanan sihat. Dalam masa kita berusaha mencapai impian ini, kesedaran dan keyakinan terhadap pemakanan sihat memainkan peranan yang penting.
Sebenarnya, kesedaran ini nampaknya lebih jelas dan nyata di negara-negara maju. Di Amerika Syarikat, pergerakan makanan organik merupakan bidang industri makanan yang paling cepat berkembang, iaitu pada kadar 20% setahun (Kushi & Jack 2003). Bagi negara-negara sedang membangun pula, kesedaran ini semakin meningkat. Sekumpulan kecil petani di negara kita juga telah melibatkan diri dalam pertanian organik. Ia merupakan sistem pertanian mesra alam yang menjaga kesihatan manusia. Di samping itu, terdapat pelbagai kedai organik di Lembah Kelang dan bandar-bandar besar di seluruh Malaysia.
Dari segi ekonomi, harga beras dan sayur organik lebih mahal jika berbanding dengan beras dan sayur di pasar basah pada masa kini. Harga beras organik import ialah di antara RM6 dan RM10 sekilo gram dan ia mungkin di luar kemampuan anda. Namun, anda boleh memilih dan membeli beras perang tempatan yang berharga RM4.50 sekilo gram, iaitu tidak banyak berbeza dengan harga beras putih (RM3.50 sekilo gram). Dari segi perbelanjaan, harga sayur-sayuran lebih murah daripada harga daging. Jika keluarga anda lebih mengambil sayur-sayuran dan kurang mengambil daging, anda dapat berjimat wang lebihan untuk tujuan lain. Yang penting ialah memilih sayur-sayuran yang tidak menggunakan racun serangga, racun rumput-rampai atau baja kimia dalam proses penanaman. Sayur-sayur ini termasuk pucuk paku, kangkung, perah dan buah petai. Anda juga boleh menanam sayur sendiri di halaman lapang di depan atau belakang rumah. Di kawasan bandar, sayur boleh ditanam di dalam pasu bunga.
Jika anda berkemampuan dan menyedari kesihatan lebih penting daripada harta benda, anda boleh membeli makanan dari kedai-kedai organik yang terdapat di Malaysia. Kesihatan merupakan modal hidup yang paling utama. Ini adalah kerana setiap amanah atau kewajipan hanya dapat dilaksanakan dengan sempurnanya jika tubuh badan kita sihat.
Sesetengah kedai dan pasar raya berjenama seperti Tesco dan Jusco, juga terdapat barangan organik malah ada juga beberapa jenis makanan yang telah disahkan berorganik mengikut piawaian antarabangsa. Makanan organik adalah selamat dimakan kerana ia tidak dicemari bahan kimia. Ini kerana penanaman organik tidak menggunakan bahan kimia tiruan seperti baja dan racun serangga. Kandungan galian di dalam makanan organik adalah lebih tinggi dari makanan biasa (Robbins 2001). Oleh itu, adalah penting untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih barangan organik sekiranya keadaan ekonomi mampu berbuat demikian.
Bagaimanakah kita mengetahui dan membezakan barangan yang dijual adalah benar-benar organik? Di Malaysia, sehingga 2008, kerajaan Malaysia menawarkan pensijilan pengeluaran organik melalui Jabatan Pertanian di bawah ‘Skim Organik Malaysia’ (SOM). Skim ini berkait dengan pengeluaran pertanian dan dijangka akan merangkumi aktiviti selepas pengeluaran iaitu pemprosesan pada masa hadapan.
Secara umumnya, jaminan pasaran mengenai barangan organik ditunjukkan dalam tiga cara. Dalam pensijilan Parti Pertama para pengeluar (iaitu petani) mendakwa bahawa barangan hasilan mereka adalah berorganik. Dakwaan ini berdasarkan kefahaman dan amalan pertanian organik. Dalam pensijilan Parti Kedua, orang tengah (individu atau syarikat) melabelkan dan menjenamakan barangan mereka adalah berorganik. Dakwaan ini berdasarkan kredibiliti dan nama baik pihak orang tengah. Jaminan pasaran yang paling baik ialah pensijilan Parti Ketiga iaitu dakwaan Parti Pertama dan Parti kedua disahkan oleh badan profesional. Kini, terdapat lebih daripada 400 badan yang menawarkan perkhidmatan pensijilan di seluruh dunia. Antara badan tersebut ialah ACO, ACT, BIO-GRO, CCOF, COAS, Demeter-Demeter, ECOCERT, HALAL, ICEA, JAS, NASAA, OCIA, QAI, OIA, SAOS, SENASA, SGS, SIRIM QAS, SKAL dan USDA. Dengan pensijilan Parti Ketiga, anda diberi jaminan bahawa barangan yang dihasilkan adalah mematuhi piawaian organik.
7.4: Keberkesanan Pemakanan Sihat
Kini, bukti-bukti perubatan berikut telah menunjukkan bahawa pemakanan sihat dapat membantu melindungi dari berlakunya penyakit (Kushi & Jack 2003).
1. Makanan daripada tumbuhan melindungi manusia daripada mengidap penyakit katarak dan ketidakseimbangan urinari
2. Diet makrobiotik melindungi daripada kolesterol dan darah tinggi
3. Mereka yang mengamalkan diet makrobiotik mempunyai jantung yang lebih sihat berbanding ahli-ahli olahraga terlatih
4. Diet mengandungi banyak sayur-sayuran melindungi daripada penyakit Parkinson
5. Diet Afrika Selatan (rendah lemak dan tinggi serat) melindungi dari buasir
6. Makanan bijirin tulen dan vitamin E melindungi daripada asma
7. Bijirin dan sayur-sayuran boleh membantu melindungi daripada penyakit Alzheimer dan nyanyok
8. Makanan bijirin tulen melindungi daripada kencing manis dan ulser duodenal (pangkal usus)
9. Minuman sup miso melindungi daripada masalah penyakit jantung
10. Kaum wanita yang mengamalkan makanan vegetarian kurang terdedah kepada penyakit batu karang
11. Pemakanan sihat membantu menyenangkan fikiran, jiwa, emosi dan mengurangkan perasaan kesedihan dan permusuhan
Di samping itu, penyelidikan perubatan membuktikan mereka yang mengamalkan makanan vegetarian dan vagan jarang menghadapi masalah kesihatan malah lebih panjang umur daripada orang lain. Petikan di bawah adalah contoh yang ketara.
“Vegetarians and vegan (vegetarians who consume no dairy products or eggs) not only have far less heart disease but also have lower rates of cancer, hypertension, diabetes, gallstones, kidney disease, obesity and colon disease. They live on average six to ten years longer than the rest of the population, and in fact seem to be healthier by every measurement we have of assessing health outcomes” (Robbins 2001).
Kepentingan amalan pemakanan sihat juga ditekankan oleh Menteri Kesihatan Malaysia dari masa ke masa. Pada tahun 2007, beliau telah mengemukakan perangkaan (Sin Chew Jit Poh, 11 February 2007) yang menunjukkan berikut:
Amalan pemakanan sihat tidak terhad kepada vegetarian yang anda ketahui di Malaysia. Mereka yang mengamalkan diet Mediterranean (masih terkenal di Sepanyol, Perancis Selatan, Itali, Dalmatia dan Greece), banyak makan minyak zaitun, sayur-sayuran, buah-buahan, legum (kekacang) dan bijirin dan makanan sederhana seperti ikan, susu dan daging telah menunjukkan kadar penyakit jantung yang rendah (Renaud 1997, Lorgeril et al. 2002, Panagiotakos et al. 2005, Mackenbach 2007). Hasil penyelidikan membuktikan diet Mediterranean berkait rapat dengan pengurangan risiko berlakunya penyakit jantung (Panagiotakos et al. 2002).
Ini menunjukkan bahawa untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan kita, cara yang paling baik ialah mengurangkan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan. Sebaliknya, pengamalan tabiat pemakanan yang banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan membawa kesihatan. Bagi tujuan mengembalikan kesihatan di kalangan masyarakat Malaysia, amalan pemakanan ulam-ulaman dan pucuk-pucuk daun perlu ditekankan melalui pelbagai kempen kesihatan. Sayur-sayuran segar yang tidak dimasak mengandungi enzim, klorofil dan bersifat alkali. Fungsinya ialah membantu sistem tubuh menyingkirkan asid dan sisa-sisa racun daripada tisu-tisu tubuh badan agar tubuh badan kita menjadi lebih cergas, daya ketahanan tubuh semakin kuat dan terhindar daripada pelbagai penyakit.
Mengapakah pemakanan sihat ditekankan? Para ahli sains dan sebilangan kecil doktor mendapati bahawa banyak galian, vitamin dan zat-zat semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang melindungi kita daripada penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Petikan yang berkenaan ialah
“at least a thousand substances–phytochemicals, bioflavonoids, carotenoids, retinols, isoflavones, lycopene, genistein and so on–that have anti-cancer, anti-heart disease, and anti-aging properties. Where are these important substances found? With few exceptions, they are in fruits, vegetables, grains, and beans, including soy products” (Ornish 2001).
Persoalan yang sering dibangkitkan ialah adakah amalan pemakanan sihat menjamin pemulihan kesihatan seratus peratus? Kes-kes tentang amalan pemakanan sihat berikut memberi rujukan yang berguna (Kushi & Jack 2003).
1. Sel-sel kanser telah dikawal dengan baik. Pesakit masih dapat hidup antara 10 hingga 20 tahun selepas didapati menghidap penyakit kanser ‘terminal’ .
2. Pemulihan daripada penyakit jantung
3. Mengurangkan darah tinggi
4. Mengurangkan sakit kepala (migrain)
5. Memperbaiki sistem pendengaran
6. Menstabilkan osteoporosis
Di kalangan masyarikat Cina di Asia, kes-kes telah menunjukkan bahawa pemakanan sihat telah membantu dalam pemulihan kanser di samping rawatan konvensional (Jiang 2002).
Sungguhpun demikian, rawatan konvensional tidak menjamin sepenuhnya pemulihan kanser, begitu juga pengamalan pemakanan sihat. Dalam kes-kes kanser di peringkat ‘terminal’’, amalan pemakanan sihat membolehkan pesakit hidup dengan aman (Jiang 2002).
Apabila pemakanan sihat tidak dapat memulihkan kesihatan anda, langkah yang perlu diambil ialah mengenal pasti punca utama atau sebab akibat yang lain. Antara faktor-faktor yang perlu ditinjau adalah seperti berikut.
1. Pengaruh genetik. Ada orang yang mempunyai organ badan yang kuat dan ada yang lemah. Mereka yang mempunyai organ yang lemah adalah lebih cenderung dihidapi toksiditi.
2. Pengaruh alam sekitar fizikal. Sekiranya tempat kerja atau tempat tinggal kita berhampiran kawasan perindustrian yang tidak terancang, pembuangan sisa-sisa dan bahan toksik sewenang-wenang, pembuangan najis ternakan dan bahan kumbahan secara haram atau sinaran radioaktif, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kita.
3. Pengaruh alam sekitar sosial. Sekiranya kita bekerja di tempat yang terlalu menekankan persaingan, mengabaikan perasaan, minat, pendapat dan keperluan pekerja, ini akan menjejaskan kesihatan pekerja. Memupuk hubungan mesra dan kasih sayang antara rakan sejawat akan membolehkan kita menangani tekanan kerja. Hubungan antara ahli keluarga juga mempengaruhi kesihatan kita. Ibu bapa merupakan pengasas sesebuah keluarga. Keluarga memainkan peranan penting untuk mendorong dan membantu ahli keluarga mewujudkan suasana harmoni sesama anggota secara berterusan dan meningkatkan tahap kesihatan.
4. Pengaruh tabiat. Ini termasuklah menghisap rokok, dadah, minuman keras dan kurang bersenam.
5. Pengaruh ubat. Jika anda terlalu banyak mengambil ubat moden atau alternatif, kesihatan anda akan terjejas.
6. Pengaruh keagamaan. Ini meliputi gangguan jin, keputusan Tuhan dan karma seseorang.
Penting untuk diingat bahawa pemakanan sihat mungkin tidak membawa kesan-kesan pemulihan yang diharapkan dalam jangka pendek. Sekiranya anda menukar tabiat pemakanan hari ini, janganlah mengharapkan kesan pemulihan pada hari esok atau minggu hadapan. Kita perlu sabar dan menunggu lebih kurang empat bulan untuk menyedari kesannya. Ini adalah kerana putaran sel darah merah ialah lebih kurang 120 hari.
Pemakanan sihat bukanlah jawapan kepada semua penyakit atau masalah kesihatan. Sekiranya organ penting di dalam badan kita telah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik, pemakanan sihat juga tidak dapat berbuat apa-apa. Contohnya, andai kata kaki kita patah, buah pinggang rosak atau kehilangan penglihatan, usahlah mengharap pemakanan sihat untuk pemulihan. Masalah ini lebih baik ditangani pakar perubatan.
Keadaan bapa mentua saya adalah satu contoh yang baik. Selepas 12 tahun mengamalkan tabiat pemakanan sihat, kesannya mempunyai hadnya. Pada Julai 2007, beliau didapati menghidap masalah tulang belakang (L5) yang lemah dan rosak. Ini telah membawa kesakitan untuk beberapa bulan yang lalu dan beliau tidak boleh berjalan dengan baik. Sebagai jalan keluar, doktor telah mengambil keputusan untuk membedah bahagian yang berkenaan dan dipasangkan dua plat di tepi bahagian L5 sebagai penyokong. Pada tahun 2008, beliau menghidap masalah sakit kaki dan masalah pembuangan air kecil. Setelah menerima rawatan doktor di hospital kerajaan, beliau berehat di rumah.
7.5: Pemakanan Sihat–Pemeliharaan Alam Sekitar
Kesihatan menjamin kesejahteraan hidup diri, keluarga dan masyarakat. Kesihatan diri dan dunia boleh dicapai apabila ahli-ahli masyarakat mengalami satu revolusi makanan (Robbins 2001).
Dalam abad ke-21 ini, pemeliharaan dan pembangunan lestari telah menjadi kata-kata penting yang mempengaruhi survival manusia, flora dan fauna di dunia. Pada masa kini, terdapat ketidakseimbangan antara keperluan pembangunan dan keperluan pemeliharan biodiversiti. Satu cara yang penting untuk memperbetul ketidakseimbangan ini ialah melalui amalan pemakanan sihat (Robbins 2001).
Apabila anda kurang mengambil atau meninggalkan makanan berdaging, telur dan barangan tenusu, anda telah menyumbang kepada usaha memelihara kawasan hutan dan melindunginya daripada pembukaan untuk tujuan penternakan. Jika hutan dipelihara, masalah kapanasan dunia akan berkurangan dan tempat tinggal flora dan fauna terpelihara. Selain itu, kawasan pertanian yang diperlukan untuk menghasilkan tanaman adalah lebih kecil berbanding dengan pengeluaran daging (Robbins 2001). Satu kawasan yang sama luas (1 hektar) dapat menghasilkan tanaman (beras) yang memenuhi keperluan tenaga lebih ramai manusia (19 orang) berbanding dengan ternakan ayam yang cuma dapat memenuhi keperluan 2 orang manusi . Penternakan moden juga menggunakan lebih banyak sumber air berbanding dengan penghasilan penternakan.
Apabila anda memilih pemakanan organik, anda telah menyumbang dalam melindungi budaya manusia secara tidak langsung. Telah dibuktikan bahawa pertanian organik adalah lebih mesra alam dan lebih lestari selain menghasilkan makanan yang berkualiti tinggi. Dalam pertanian organik, tanah dan alam sekitar semula jadi adalah terpelihara. Pengurusan tanah secara berhemah menjamin keseimbangan alam dan kehidupan berkualiti. Tanah dan alam sekitar semula jadi adalah asas untuk kewujudan tamadun dan budaya manusia. Perlindungan mereka menjamin survival manusia dan tamadun.
Di sebaliknya, penggunaan bahan-bahan kimia yang berlebihan dalam pertanian konvensional tidak membawa kebaikan kepada manusia dalam jangka panjang. Dalam jangka pendek, jenis pertanian ini boleh membawa hasil yang tinggi dan keuntungan yang lumayan. Akan tetapi, penggunaan bahan kimia ini merosakan aras pH tanah, membunuh setengah-setengah organisme mikro dan cacing di dalam tanah. Tindakan manusia yang rakus ini telah menyebabkan ekosistem dan keseimbangan alam terganggu.
Dalam jangka panjang, kesuburan tanah berkurangan. Akibatnya, ini menyebabkan pengurangan daya ketahanan tumbuh-tumbuhan daripada serangan pelbagai penyakit dan juga penghasilan keluaran. Mereka yang sering makan jenis hasilan ini akan terjejas kesihatan dan mungkin menghidap pelbagai penyakit. Selain itu, apabila tumbuh-tumbuhan liar dicabut atau dibunuh dengan racun rumput-rumpai, tanah terdedah kepada hakisan dan ‘desertification’ boleh berlaku (Lai 2005).
Penggunaan bahan kimia dalam jangka panjang>>> Serangga menjadi lebih ‘resistant’>>>> Terpaksa mengguna bahan kimia yang lebih kuat >>>> Pencemaran alam (air, tanah, udara)
Lebih banyak sisa bahan kimia dalam hasilan tani >>>> Kesihatan manusia dan binatang terjejas.
Oleh itu, sekiranya anda mengambil tumbuhan dan buah-buahan organik, anda telah menyumbang kepada perlindungan tanah dan pencemaran air sungai daripada penggunaan bahan-bahan kimia (seperti baja, racun serangga, racun rumput-rumpai) berlebihan dalam pertanian konvensional. Oleh yang demikian, penting bagi kita memulihkan kesihatan tanah/dunia dengan memilih makanan tanaman organik sekiranya ada pilihan. Untuk menyelamatkan alam supaya ekosistem tidak terjejas, gaya hidup dan amalan pemakanan setiap individu menyumbang merealisasikan kenyataan ini.
7.6: Impian Kesihatan
Apabila kesihatan kita dipulihkan melalui pemakanan sihat, satu perubahan menyeluruh sedang berlaku dalam diri kita. Apabila kita memiliki kesihatan yang baik, kita kelihatan muda. Kita akan merasai bahawa awet muda yang berkesan adalah berpunca daripada pemakanan sihat. Kita mungkin berumur 40 tahun ke atas tetapi masih mempunyai tenaga yang cukup dan cergas untuk menjalankan aktiviti harian.
Menjadi impian saya menyumbang ke arah pencapaian kesihatan melalui cara pemakanan sihat bagi semua orang di dalam alam sejagat. Impian ini tidak dapat dicapai oleh sekumpulan kecil dalam masyarakat dunia. Anda juga boleh memainkan peranan utama untuk merealisasikan impian ini. Ia berlaku dengan kesedaran dan tahu akan kepentingan pemilihan apa yang kita makan setiap hari. Semoga revolusi makanan ini mendapat sokongan penuh dan diamalkan oleh generasi kini dan generasi akan datang.
Mudah-mudahan semua dikasihi, semua hidup sihat dan semua mengasihi.
Dengan tulus ikhlas, kita berdoa semoga semua makluk alam semesta bebas daripada kesengsaraan dan hidup dengan aman dan sejahtera.
Bibliografi
Amir Farid, I. (2007). ”Living to 100”, The Sar, 11 March 2007.
Annie, F.C. (2008). “Affluence putting health of Malaysias at risk”, New Sunday Times, 23 March 2008.
Anon. (2000). “Instead of Milk”, Utusan Konsumer, September, 2000.
Bakhru, H. K. (2001). Foods that Heals: the Natural Way to Good Health. New Delhi: Orient Paperbacks.
Bieler, H. (1965). Food is the Best Medicine. New York: Ballantine Books.
Bilenko, N., Fraser, D., Vardi, H., Shai, I. & Shahar, D.R. (2005). ”Mediterranean diet and cardiovascular diseases in an Israeli population”, Preventive Medicine 40: 299-305, www.elsevier.com/locate/ypmed.
Brown, S. & Lugo, A. E. (1990). Tropical secondary forests. Journal of Tropical Ecology 6: 1‒32.
Calbom, C., Calbom, J. & Mahaffey, M. (2003). The Complete Cancer Cleanse. Petaling Jaya: Advantage Quest Publications.
Carroll, D.L. (2000). Controlling High Blood Pressure the Natural Way. New York: Ballantine Books.
CETDEM (1988). Organic Farming in Malaysia. CETDEM Organic Farming Project.
Chia, J.S. (2004). What’s in Your Food? Subang Jaya: Pelanduk Publications.
Chia, J.S. (2006). You are What You Eat: Your healthy Lifestyle Guide. Subang Jaya: Pelanduk Publications.
Chiew, H. (2009). “SAM: Malaysia’s pledge must come with a vital plan”. The Star, 19 December 2009.
Choi, T.W. (2009). “PM: There is now greater commitment by world leaders”. The Star, 19 December 2009.
Consumer Association of Penang (CAP). (no date). Avoid Chemicals in Your Food. A Cap Guide.
Consumers Association of Penang (CAP) (no date). Fruits: A Nutritional Guide.
Consumers Association of Penang (CAP) (no date). Vegetables: A Nutritional Guide.
Danial Zainal Abidin (2007). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur: PTS Milenia Sdn Bhd.
Dermawan, A. (2007). “CAP: Soft drinks linked to serious diseases”, New Straits Times, 15 December 2007.
Diamond, H. & Diamond, M. (1985). Fit for Life. New York: Warner Books.
Erasmus, U. (1993). Fats that Heal Fats that Kills. Burnaby BC: Alive Books.
Foo, H.B. (2008). Gifts of Life: Facing Cancer. Kuala Lumpur: VF.
Ghosh, S. & Rodrigues, B. (2006). “Cardiac cell death in early diabetes and its modulation by dietary fatty acids”, Biochimica et Biophysica Acta 1761: 1148-1162, www.elsevier.com/locate/bbalip
Jiang S.H. (1999). Eating this Way is Healthiest. Taipei: Yuan Shen Press. (In Chinese)
Jiang, S.H. (2002). Well Treat Cancer Brings Health. Taipei: Yuan Shen Press. (In Chinese)
Khatijah Abdullah. (2007). “Campaign against shark’s fin soup based on sad fact”. Utusan Konsumer, September 2007.
Kushi, M. (1993). The Macrobiotic Way: the Complete Macrobiotic Diet & Exercise Book. New York: Avery Books.
Kushi, M. & Jack, A. (2003). The Macrobiotic Path to Total Health. New York: Ballantine Books.
Lai, C.N. (1993). The Pursuit of Life. Singapore: Lapis Lazuli Light.
Lai, C.N. (1995). Cancer is not Deadly. Public talk in Malaysia. (In Chinese)
Lai, C.N. (1996). Lapis Lazuli Quarterly, No. 18. (In Chinese)
Lai, C.N. (1997). Let Us Lead a Happy & Healthy Lifestyle. Kuala Lumpur: Lapis Lazuli Light.
Lai, C.N. (2001). “Taking care of the digestion system”, Lapis Lazuli Light, No. 9, pp. 8-10. (In Chinese)
Lai, C.N. (2005). “This is grown for human consumption”, Lapis News, 4th Issue, pp.5-8.
Lai, C.N. (2006). “Caring for your liver: protecting your environment”, Lapis News, 3rd Issue, June-August 2006.
Laurance, W. F. & Bierregaard, R. O., Jr. (Eds.). (1997). Tropical Forest Remnants: Ecology, Management and Conservation of Fragmented Communities. University of Chicago Press, Chicago.
Lee, R. (2008). “5 million may get diabetes”, New Sunday Times, 13 April, 2008.
Lim, J. K. (2003). “Sauce: is there 100% natural sauce? Yes”, Sharing Merits, pp. 116-118. (In Chinese)
Lim, J. K. (2004). “Fuel, rice, oil and salt”, Nanyang Siang Pau, 9 December 2004. (In Chinese)
Lim, J. K. (2005a). “Miso prevents cancer”, Nanyang Siang Pau, 29 December 2005. (In Chinese)
Lim, J. K. (2005b). “Organic foods”, Nanyang Siang Pau, 6 October 2005. (In Chinese)
Lim, K .G. (1993). A Review of Diseases in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Lin, K. Z. (2002). Healthy Without Toxin. Taipei: Cool Books. (In Chinese)
Lorgeril, M. d., Salen, P., Paillard, F., Laporte, F., Boucher, F. & Leiris, J.D. (2002). ”Mediterranean diet and the French paradox: two distinct biogeographic concepts for one consolidated scientific theory on the role of nutrition in coronary heart disease”, Cardiovascular Research 54: 503-515,
www.elsevier.com/locate/cardiores.
Luqman Hakim (2008). Tips Penjagaan Makanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Mackenbach, J.P. (2007). “The Mediterranean diet story illustrates that ‘why’ questions are as important as ‘how’ questions in diseases explanation”, Journal of Clinical Epidemiology 60: 105-109.
Mindell, E. (1994). Food As Medicine. New York: Pocket Books.
Montague, P. 2007. “Tread with caution when dealing with nature: human ignorance is growing”, Utusan Konsumer, July-August 2007.
Netzer, C.T. (1999). Big Book of Miracle Cures. New York: Dell Publishing.
Ornish, D. 2001. “Foreword”. Pp. xiii-xvii. In Robbins J., The Food Revolution: How Your Diet Can Help Save Your life and the World. Mumbai: Magna Publishing Co. Ltd.
Panagiotakos, D., Chrysohoou, C., Pitsavos, C., Tzioumis, K., Papaioannou, I., Stefanadis, C. & Toutouzas, P. (2002). “The association of Mediterranean diet with low risk of acute coronary syndromes in hypertensive subjects”, International Journal of Cardiology 82: 141-147, www.elsevier.com/locate/ijcard
Panagiotakos, D., Pitsavos C., Matalas, A.L., Chrysohoou, C., & Stefanadis, C. (2005). “Geographical influences on the association between adherence to the Mediterranean diet and the prevalence of acute coronary syndromes in Greece: the CARDIO2000 study”, International Journal of Cardiology 100: 135-142, www.elsevier.com/locate/ijcard
Renaud, S.C. (1997). “Dietary management of cardiovascular diseases”, Prostaglandins, Leukotrienes and Essential Fatty Acids 57 (4 & 5): 423-427.
Robbins, J. (2001). The Food Revolution: How Your Diet Can Help Save Your life and the World. Mumbai: Magna Publishing Co. Ltd.
Sangeetha, A. (2007). “No one escapes climate change effects but many refuse to do anything”, Utusan Konsumer, January-February 2007.
Samaras, T. T., Storms, L.H. & Elrick, H. (2002). ”Longevity, mortality and body weight”, Ageing Research Review 1: 673-691, www.elsevier.com/locate/arr
Schardt, D. (2008). “Men’s health: how to dodge some major health threats”, Utusan Konsumer, March-April 2008.
Strand, D. (2003). Death By Description. Petaling Jaya: Advantage Quest Publications.
Tan, J. (2008). “KL seats safe but not so safe”, Sunday Star, 10 February 2008.
Trattler, R. (2001). Better Health Through Natural Healing: How to get well without drugs or surgery? Australia: Hinkler Books.
Valsta, L.M., Tapanainen, H. & Mannisto, S. (2005). ”Meat fats in nutrition”, www.elsevier.com/locate/meatsci, pp.525-530.
Vimala, S., Mohd Ilham Adnan, Abdul Rashid Ahmad & Rohana Shahdan (2003). Nature’s Choice to Wellness. Siri Alam dan Rimba No. 7. Forest Research Institute Malaysia.
Whitmore, T. C. (1997). “Tropical forest disturbance, disappearance, and species loss”. Pp. 3‒12 in Laurance, W. F.& Bierregaard R. O., Jr., (Eds). Tropical Forest Remnants: Ecology, Management, and Conservation of Fragmented Communities. University of Chicago Press, Chicago.
Wong, K.L. (2002). “Milk and diseases”. Lapis Lazuli Light Quarterly, No. 11, pp. 48-49. (In Chinese)
Wong, S. (2005). “The miracle beans: rich in nutrients”, Long Life, No. 139, pp. 92-93. (In Chinese)
Wright, K. (2002). Extend Your Life. Scotland: Geddes & Grosset.
Yam, C.S. (2008). “Detoxification for better health”. New Straits Times, 22 January 2008.
Yeoh, W. & Hamdan Raja Abdullah (2009). ”Sugar more harmful than drugs, says CAP”. Sunday Star, 15 November 2009.
Laman Web
www.pediatrichypertension.org
vm.cfsan.fda.gov/~dms/fdpreser.html
www.elementofharmony.net/food_list.
www.elsevier.com/locate/
www.kidney.org
www.kidney.niddk.nih.gov
www.who.int/ipcs/food
Surat Khabar Tempatan
Berita Harian
Nanyang Siang Pau
New Straits Times
Sin Chew Jit Poh
The China Press
The Star
Utusan Konsumer
Utusan Malaysia

Thursday, September 9, 2010
Diary 162: Handling Cough naturally
What would you do when faced with a bad cough? Rushing to the clinic?
Not me.
1 September 2010: I joined a team to certify a natural forest area. We spent about 6 hours in an air-conditioned room, as low as 16 degree celcius initially.
My cough began as I normally do not switch on air-conditioner at my work place.
2 and 3 September 2010: The occassional cough sustained.
4 September 2010: I sent my mother-in-law to a private hospital for check up. It was another 6 hours in an air-conditioned environment.
5 September 2010: Rested at home but the cough was still there.
6 September 2010: Went to work. The cough did not subside.
7-8 September 2010: Took 2 days off to have a complete rest. No medication. Just slept much of the time. Avoided all cooling foods such as raw vegetables and fresh fruits. Took some Chinese herbal soup (dang gui) to warm up the body.
9 September 2010: The cough was 95% gone. Back to work in the office again.
Lesson learned: when coughing starts, it is the signal that the body needs a good rest. After having a good rest, one would be energetic again.

Wednesday, September 8, 2010
Diary 161: Rice sprayed with banned Endosulfan
Endosulfan, a highly acute toxin and a suspected endocrine disruptor, was banned in 2005 under the Pesticides Act 1974, Malaysia.
In reality, a recent survey in a few places in Kedah showed that the banned pesticide was easily available from some shops selling agricultural chemicals.
Farmers purchase endosulfan as it is said to be very effective in getting rid of golden apple smnail (siput gondang emas) which feeds on padi and saplings.
Endosulfan takes on 10-15 minutes to kill the snails compared with up to 2 weeks with other pesticides.
The side impacts of using endosulfan: skin problems and weak joints after using it. Some fell sick after applying the chemicals in the field.
Endosulfan is also a xenostrogen, a synthetic substance that imitates or enhances the effect of estrogen, and it can act as an endocrine disruptor, causing reproductive and developmental damage in both animals and humans.
The National Wildlife Federation (USA) states that endosulfan is extemely toxic to wildlife and acutely toxic to bees. It is also toxic to birds and aquatic organisms.
How about buman body?
Human organ that can be affected by endosulfan include pineal, hypothalamus, pituitary,thyroid, parathyroids, thymus, andrenals, pancreas, ovary and testes.
(Source: “Is our rice safe from banned endosulfan?”, Utusan Konsumer Guide, July-August 2010).

Monday, September 6, 2010
Diary 160: Price of health book
It is common for people asking for discount when purchasing something.
The same applies to my health books.
I normally give a discount even before people asking for it.
There were two cases where the readers did not want a discount!
In the first case, this Malay man paid the full amount of RM19 as he felt that the book in Malay (Makanan Sihat Sebagai Ubat) is a worthy book to read.
In the second case, this gentleman by the name of Gerald Greenald whom I met in the morning of 27 August 2010 in Kuala Lumpur wanted to pay the full amount of RM25 for a copy of Eating for Good Health.
I told him this is not a commercial book promoted mainly by myself, those meeting me do not have to pay the full price.
He gave me RM30. I passed back RM10 to him. He then gave me RM5.
I have to respect his decision.
Both cases touched my heart.

Sunday, September 5, 2010
Diary 159: Lesser fish in the future?
Dead fish on sea surface is now a matter of concern.
Ocean surface is regarded hypoxic – oxygen levels are lower than 1.43 millilitres per litre, so low that fish can’t survive.
Ocean surface water normally contain 5-8 millilitres of oxygen per litre of water.
Around the globe, many Oxygen Minimum Zone (OMZ) are losing oxygen and expanding horizontally and vertically.
OMZs curreently cover about 30 million square kilometers, or 8% of the ocean area.
What are the possible causes of hypoxia?
Possible cause 1: Agricultural fertilizers leaking into the ocean. The excess nutrients fuel plankton blooms, which consume oxygen.
Possible cause: global warming? No strong evidence yet.
(Source of information: Virginia Gewin, 2010. “Dead in the water”. Nature 466: 812-814.)

Thursday, September 2, 2010
Diary 158: Miracle Soup
TF Chan emailed me the recipe of miracle soup recommended by Dr Tateishi Kazu.
The vegetable recipe:
16 ounces (453 gm) white daikon or raddish (“white carrot”)
8-10 ounces (227-283 gm) white daikon greens
8-10 ounces (227-283 gm) carrot
8 ounces (227 gm) burdock root (“Niu Pang” in Mandarin)
3-5 fresh shitake mushrooms (sundried) expose dried mushrooms to sun again.
My wife said that the above recipe is widely used and commonly known among the Chinese as “Energy Soup”. She prepares it for my family from time to time.
Important to note that:
(1) the vegetables are grown naturally or organically where no chemical fertiliser and pesticide is used.
(2) As noted in the information attached by TF Chan: "This remedy works for some people" which is a fair clarification.
(3) I understand that some people have used the recipe and market it via MLM. If such is the case, we have to make sure that the ingredients used are natural.
(4) It is better to buy the vegetables yourself and make your own soup.
It was claimed that such miracle soup saved the lives of many cancer patients.
My thought for cancer patients: take natural or organic food, keep a calm mind, develop spiritually and ensure a clean fresh environment irrespective of whether one goes through modern cancer treatment or not. Health is holistic. Do not waste your energy and money to search for miracle product as there is probably none for cancer. But, if you take care of your food, have peaceful mind, spiritually enriched and free from a polluted environment, you are likely to live a longer and happier life.

Subscribe to:
Posts (Atom)