寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Thursday, April 5, 2012

Lawatan ke Kg Desa Permai

Bulan 2 Tahun 2012
Melawat ke satu kampung kecil di hulu Sg Kinabatangan
Mereka adalah Orang Sungai
Di negeri Sabah
Kalau hendak ke sana
Naik 4WD 5 jam dari bandar Sandakan
Kemudian naik bot selama 1 jam
Penduduknya beragama Islam
2007 terdapat 12 buah isirumah
2012 terdapat 8 buah isirumah
Kampung ini kurang sumber untuk menyara kehidupan
Sumber ikan makin berkurangan
Hidup tidak senang

Pada tengah hari
Melawat ke sekolah kebangsaan di kampung itu
Berkongsi pengalaman dengan 6 orang murid darjah enam
3 lelaki 3 perempuan
Beritahu mereka
Perlu balas budi baik ibubapa yang melahirkan kita
Motivasikan mereka
Supaya tekun belajar
Kalau anak penoreh getah seperti pakcik boleh belajar ke peringkat universiti
Mereka anak nelayan juga boleh
Dengan syarat satu: kita bercita-cita dan seterusnya belajar bersungguh-sungguh
Belajar ikut arahan guru
Jangan bimbang tentang soal kewangan
Jika kita berusaha, boleh pinjam kewangan untuk melanjutkan pelajaran
Adakah kamu ingin masuk universiti nanti?
Jika “ya”, sila angkat tangan.
Semua murid angkat tangan
Cahaya mata mereka terang
Saya senyum
Ingatilah pakcik ini
Kita akan berjumpa lagi
Pada suatu hari

No comments:

Post a Comment