Wednesday, June 6, 2012
Panduan Hidup Bahagia jadi Pedoman
Panduan Hidup Bahagia disediakan bertujuan untuk mengingatkan kita semua bahawa pendidikan orang budiman terdahulu boleh dijadi panduan untuk sama-sama diamalkan.
Pendidikan orang budiman memang berkesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam sejarah negeri China selama 5,000 tahun.
Bagaimana pula pandangan golongan cendekiawan di dunia terhadap pendidikan orang budiman ini?
Pada tahun 1988, para cendekiawan dunia yang terdiri daripada 75 pemenang Nobel Prize Laureates dalam satu proklamasi di Paris telah mengesyorkan bahawa sekiranya manusia ingin hidup dengan aman dan bahagia dalam abad ke-21, mereka perlu mengamalkan pendidikan yang disampaikan oleh Confucious pada 2,500 tahun yang lalu.
(http://www.scribd.com/doc/2538319/NOBEL-LAUREATE-INVITATION-TO-UN-WITH-ATTACHMENTS)
Kini, antara orang yang giat memperkenalkan pendidikan Panduan Hidup Bahagia di peringkat antarabangsa ialah Profesor Shi Chin Kung AM (berumur 86 tahun pada 2012). Beliau berpendapat bahawa sekiranya kita ingin mengelakkan konflik dan memulihkan keamanan, jalan yang harus ditekankan ialah pendidikan.
Pada tahun 2005, Profesor Shi Chin Kung AM telah memulakan satu projek pendidikan di Lujiang Center for Cultural Education di negeri China yang telah mentrasformasikan satu bandar yang mempunyai seramai 48,000 penduduk di bandar Tangchi. Pusat ini menggunakan Di Zi Gui (Panduan Hidup Bahagia) sebagai buku panduan untuk dididik dan diamalkan oleh individu, keluarga, sekolah, organisasi. Eksperimen di Tangchi telah membuktikan kejayaan yang mengagumkan kerana ia kini terkenal sebagai bandar harmoni yang diperakui badan-badan antarabangsa. Di Zi Gui ini telah digunakan untuk mendidik para banduan dan kakitangan di penjara Pulau Hainan, negeri China yang membawa kesan positif yang amat menggalakkan.
Panduan Hidup Bahagia ini memang popular dalam sejarah negara China. Pada zaman dulu, sejarah negara China dikatakan memang terkenal dengan pendidikan orang-orang budiman, khasnya Confucius (551 S.M. – 479 S.M.) yang terkandung dalam Di Zi Gui telah membawa kebahagiaan hidup kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Pendidikan Di Zi Gui kemudiannya telah mempengaruhi amalan kebudayaan Jepun dan Korea sehingga kini!
Walau bagaimanapun, kerana terlalu percaya kepada sains dan teknologi serta mengabaikan pula pendidikan orang budiman, Di Zi Gui ini ditinggalkan oleh kerajaan negeri China kira-kira 100 tahun yang lalu. Nilai-nilai pembangunan barat pula diberi penekanan dalam kehidupan harian. Akibatnya, golongan muda negara itu kurang berbudi bahasa.
Pada awal abad ke-21, kerajaan negeri China telah sedar bahawa penekanan yang diberi dalam pembangunan negara berdasarkan liberalisasi dan globalisasi hanya membawa kepada kekayaan ekonomi tetapi bukan kebahagiaan hidup. Malah, pelbagai masalah sosial telah timbul akibat penerimaan budaya barat yang mementingkan individu, kebendaan, status, persaingan dan kebebasan.
Oleh itu, kerajaan China kini giat menyokong usaha-usaha untuk menghidupkan kembali ajaran orang-orang budiman yang terdahulu, bermula dengan Di Zi Gui. Pelbagai forum awam (tempoh selama 2-4 hari) yang berkaitan dengan kepentingan Di Zi Gui dan relevannya kepada masyarakat moden telah diadakan di seluruh negara yang melibatkan penyertaan 2,000 hingga 8,000 orang bagi setiap forum.
Forum ini melibatkan 20-40 orang penceramah yang berkongsi pengalaman bagaimana Di Zi Gui telah menyelamatkan diri dan keluarga mereka. Aktiviti ini juga disiarkan secara langsung melalui media massa bagi manfaat masyarakat umum.
Kesan daripada forum awam ini amat menggalakkan kerana kesedaran masyarakat telah meningkat terhadap pendidikan orang budiman terdahulu yang boleh membawa kebahagiaan sekiranya panduan hidup itu diamalkan. Antara kesan-kesan ketara termasuklah
• Suami-isteri yang ingin bercerai telah berbaik semula
• Suami-isteri yang bercerai telah berkahwin semula
• Suami/isteri yang mempunyai skandal telah memberhentikan hubungan sulit itu
• Anak yang nakal dan jahat telah menjadi anak yang baik
• Anak yang menyertai kongsi gelap telah kembali ke pangkuan
• Anak yang menghisap dadah telah meninggalkan tabiat itu
• Pergaduhan antara ibu bapa dan anak telah berhenti
• Anak lebih menghormati dan menjaga kehidupan ibu bapa
• Anak menantu yang kejam telah berbudi bahasa terhadap ibu bapa mentua
• Orang yang ingin membunuh telah membatalkan rancangan
• Orang yang mengelak cukai pendapatan, mencuri bekalan elektrik dan bekalan air telah membayar ganti rugi
• Kaki judi berhenti berjudi
• Kaki botol berhenti mengambil minuman keras
• Pesakit kanser telah dapat menyelamat nyawa
• Pesakit kencing manis telah sembuh
• Pegawai kerajaan (termasuk doktor) telah berhenti menerima rasuah
• Orang yang terlibat dalam perniagaan haram telah memberhentikan aktiviti itu
• Orang yang menjalankan aktiviti merosakkan akhlak dan moral telah memberhentikan perniagaan
• Orang yang berniaga secara ikhlas dan beramanah telah menerima keuntungan berkali ganda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment