寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Sunday, June 3, 2012

PENGENALAN Adakah anda bahagia? Cabaran Hidup Yang Membimbangkan Tatacara mencapai kebahagiaan hidup ini dinyatakan dengan jelas dalam semua kitab agama dan penulisan orang budiman yang menjadi panduan. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini, masyarakat menghadapi pelbagai cabaran yang mengancam kebahagiaan hidup. Berbanding dengan generasi terdahulu, generasi kini (tua, muda dan kanak-kanak) lebih mementingkan kebendaan, persaingan, demokrasi, kebebasan dan pemakanan segera akibat terdedah kepada pelbagai kesan negatif media. Tanpa disedari, kebanyakan rakyat di dunia amnya dan rakyat Malaysia khasnya sedang menuju ke arah satu perjalanan hidup yang boleh membawa kepada satu krisis yang mampu mengancam dan menghancurkan kebahagiaan keluarga. Kestabilan negara juga akan turut tergugat sekiranya rakyat terlalu dipengaruhi unsur-unsur negatif ini. Konflik antarabangsa akan berterusan. Tumpuan pendidikan (formal dan tidak formal) yang sebenar adalah untuk mendidik kita menjadi insan yang baik dan berguna. Namun perkara itu sering diabaikan kerana masyarakat lebih menekankan pencapaian akademik dan kebendaan yang berasaskan persaingan. Di era moden ini, ibu bapa menghadapi pelbagai masalah dan berhadapan dengan isu-isu pembelajaran anak seperti: • Anak mengingkari kata-kata ibu bapa • Anak bertelingkah dengan adik-beradik • Anak tidak menghormati orang dewasa • Anak menghisap rokok atau dadah • Anak malas dan tidak mahu bekerja • Anak tidak mahu buat kerja rumah • Anak asyik menonton TV/Video/DVD • Anak asyik bermain permainan komputer dan telefon bimbit • Anak sanggup mencederakan ibu bapa dan adik- beradik • Anak tidak menghargai alam sekitar • Anak tidak lagi menganggap masa itu emas • Anak tidak berfikir tentang masa depan • Anak kahwin lari • Anak hilang haluan hidup • Anak tidak menjaga ibu bapa yang tua • Berlaku sumbang mahram • Anak lebih mementingkan kebendaan • Anak lebih suka makan makanan segera yang tidak berkhasiat Malahan, kebanyakan orang dewasa menghadapi pelbagai masalah dalam interaksi harian seperti: • Suami ingin kahwin lagi • Suami tidak bertanggungjawab • Isteri yang bekerja mengabaikan urusan rumah tangga • Isteri mementingkan kebendaan • Suami/Isteri mempunyai skandal • Suami/isteri berhutang • Mentua tidak bertimbang rasa • Menantu bersikap sombong • Ramai wanita dan lelaki memilih untuk tidak berkahwin • Ibu bapa dan anak-anak bersikap panas baran akibat tekanan mental dan fizikal. Lebih teruk lagi, akan membawa kepada pembunuhan • Ibu bapa menjadi pembantu rumah • Anak buah tidak mengikuti arahan • Anak buah tidak menghormati pemimpin • Anak buah curi tulang • Anak buah berbohong • Suami mengabaikan nafkah kepada isteri • Isteri yang berkerjaya terlalu mengejar kenaikan pangkat sehingga mengabaikan pendidikan (termasuk pendidikan moral ) kepada anak-anak • Ibu yang berkerjaya kurang meluangkan masa untuk memasak kepada keluarganya menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Kebanyakan ibu bapa kehilangan idea untuk mendidik anak-anak mereka. Kebanyakan orang menghadapi masalah komunikasi dengan orang lain. Pakar sains dari barat dirujuk dan pelbagai program motivasi disertai. Kesannya juga amat terhad. Bagaimanakah kita dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup?

No comments:

Post a Comment