寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Saturday, February 23, 2013

PRAKATA Buku Baru (Nilai-Nilai Murni Sejagat: Ke Arah Keluarga Bahagia & Keharmonian Dunia) Pelbagai pendekatan pendidikan telah dikemukakan oleh ahli pendidik dan ahli falsafah. Pada tahun 1997, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menerbitkan profil 100 orang ahli pendidik dari pelbagai negara yang telah meninggalkan kesan secara global ke atas pemikiran pendidikan. Antara mereka ini termasuklah Imam Besar Al-Ghazali, Confucius, Emile Durkheim, Jean Piaget, John Dewey, Mohandas Karamchand Gandhi dan Plato. Plato (428/427–348/347 SM), seorang ahli falsafah Greek, membincangkan perhubungan bapa dan anak dan pengaruh bapa ke atas kejayaan anak. Imam Besar Al-Ghazali (1058–1111) menekankan kepentingan perhubungan antara manusia dengan manusia (khasnya antara ibu bapa dan anak serta guru dan pelajar), dan manusia dengan tuhan dalam menjadi khalifah di bumi ini. Mohandas Karamchand Gandhi (1869–1948) menekankan “non-violence” atau ahimsa terhadap semua jenis hidupan. Jean Piaget (1896–1980) melihat bagaimana manusia memperoleh, membina dan menggunakan pengetahuan. Penekanan John Dewey (1859–1952) ialah “Social Reconstruction” di mana sekolah dan bilik darjah penting dalam mengubah minda murid-murid. Emile Durkheim (1958–1917) menfokuskan integriti dan perpaduan masyarakat melalui perhubungan antara guru dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan. Persamaan antara penyampaian ahli-ahli pendidik ini adalah tentang mencapai kebahagiaan, keharmonian dan keamanan melalui amalan nilai-nilai murni sejagat. Dalam buku kecil ini, nilai-nilai murni sejagat yang diberi perhatian oleh Kongzi atau Confucius (551–479 S.M.) yang dikenali sebagai Di Zi Gui atau Standards for Being A Good Student telah disediakan. Nilai-nilai ini kemudiannya disusun oleh Li Yuxiu pada abad ke-17 dan ke-18. Berdasarkan amalan orang budiman dahulu, Confucius mendapati bahawa kebahagiaan dan keharmonian boleh dicapai melalui amalan harian yang dapat mewujudkan hubungan mesra antara (a) anak dan ibu bapa, (b) suami dan isteri, (c) adik-beradik, (d)pemimpin dan orang yang dipimpin atau majikan dan pekerja, dan (e) rakan-rakan. Nilai-nilai murni yang ditekankan oleh Confucius ini bukan sesuatu yang baru. Nilai-nilai sejagat ini terdapat dalam semua budaya dan kepercayaan manusia. Nilai-nilai ini sememangnya telah lama diterapkan dalam budaya kita. Nilai-nilai ini disampaikan oleh warga tua kepada anak cucu mereka. Akan tetapi, nilai-nilai tersebut semakin dipinggirkan kerana masyarakat kini lebih menekankan pencapaian akademik dan kebendaan daripada amalan nilai-nilai murni. Semoga melalui pembacaan buku ini, nilai-nilai tersebut dapat dihidupkan dan disuburkan kembali agar menjadi amalan dalam kehidupan semua. Harus diingati bahawa penyediaan buku ini cuma mengulangi nilai-nilai murni yang diamalkan zaman dahulu yang masih relevan dan berguna dalam zaman sains dan teknologi. Oleh yang demikian, pembaca harus meneliti nilai-nilai murni sejagat ini sebagai amalan kefahaman tambahan yang menyokong kebudayaaan dan kepercayaan masing-masing. Nilai-nilai murni sejagat ini merupakan pendidikan yang sesuai diamalkan oleh semua orang tanpa mengira latar belakang, keturunan, kebudayaan dan kepercayaan. Amalan nilai-nilai sejagat ini boleh membawa kebahagiaan kepada diri dan keluarga. Nilai-nilai ini dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Nilai-nilai ini membantu mengelakkan konflik dan menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta menjadi asas bagi mencapai kemakmuran negara. Namun nilai-nilai ini juga boleh diaplikasikan dalam hubungan antarabangsa kerana kebahagiaan wajar dinikmati oleh semua insan di dunia. Mudah-mudahan anda dan keluarga juga dapat mencapai kebahagiaan dan keharmonian yang hakiki melalui pengamalan nilai-nilai murni sejagat ini. Usaha penyediaan buku kecil ini telah menghadapi pelbagai cabaran. Ianya tidak sempurna dan penambahbaikan boleh dibuat. Oleh itu, apa-apa kekurangan yang terdapat dalam buku ini adalah kelemahan diri saya. Dengan rendah hati, saya memohon maaf atas kekurangan yang wujud. Dengan kesyukuran dan keikhlasan, Lim Hin Fui, PhD Feb 2013

No comments:

Post a Comment