Saturday, September 3, 2011
Diary 387: Perjalanan Ke Arah Perpaduan rakyat
Perpaduan rakyat merupakan satu perkara yang penting bagi masyarakat majmuk Malaysia.
Padabulan Ogos 2011 yang lalu, dalam ceramah masyarakt saya tekankan kepentingan kita memahami sejarah dan pembangunan negara.
Jika kita tidak memahami latarbelakang masyarakat Malaysia, kita tidak akan dapat mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi yang dihadapi pada masa kini.
Jika kita tidak faham perasaan dan kebimbangan pelbagai kaum, susah kita mencapai kesejahteraan masyarakat.
Jika kita masih menekankan persaingan antara kaum, masyarakat kita tidak akan tenteram.
Persaingan membawa pergaduhan.
Pergaduhan membawa konflik.
Konflik membawa rusuhan kaum.
Rusuhan kaum membawa kemusnahan negara.
Kita tidak boleh ikuti perjalanan ini.
Apakah perjalanan alternatifnya?
Kita menekankan kasih sayang antara ssatu ama lain di kalangan rakyat Malaysia.
Kasih sayang membawa persefahaman.
Persefahaman membawa keharmonian.
Keharmonian membawa perpaduan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment