Saturday, February 23, 2013
PRAKATA Buku Baru (Nilai-Nilai Murni Sejagat: Ke Arah Keluarga Bahagia & Keharmonian Dunia)
Pelbagai pendekatan pendidikan telah dikemukakan oleh ahli pendidik dan ahli falsafah. Pada tahun 1997, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menerbitkan profil 100 orang ahli pendidik dari pelbagai negara yang telah meninggalkan kesan secara global ke atas pemikiran pendidikan. Antara mereka ini termasuklah Imam Besar Al-Ghazali, Confucius, Emile Durkheim, Jean Piaget, John Dewey, Mohandas Karamchand Gandhi dan Plato.
Plato (428/427–348/347 SM), seorang ahli falsafah Greek, membincangkan perhubungan bapa dan anak dan pengaruh bapa ke atas kejayaan anak.
Imam Besar Al-Ghazali (1058–1111) menekankan kepentingan perhubungan antara manusia dengan manusia (khasnya antara ibu bapa dan anak serta guru dan pelajar), dan manusia dengan tuhan dalam menjadi khalifah di bumi ini.
Mohandas Karamchand Gandhi (1869–1948) menekankan “non-violence” atau ahimsa terhadap semua jenis hidupan.
Jean Piaget (1896–1980) melihat bagaimana manusia memperoleh, membina dan menggunakan pengetahuan.
Penekanan John Dewey (1859–1952) ialah “Social Reconstruction” di mana sekolah dan bilik darjah penting dalam mengubah minda murid-murid.
Emile Durkheim (1958–1917) menfokuskan integriti dan perpaduan masyarakat melalui perhubungan antara guru dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan.
Persamaan antara penyampaian ahli-ahli pendidik ini adalah tentang mencapai kebahagiaan, keharmonian dan keamanan melalui amalan nilai-nilai murni sejagat.
Dalam buku kecil ini, nilai-nilai murni sejagat yang diberi perhatian oleh Kongzi atau Confucius (551–479 S.M.) yang dikenali sebagai Di Zi Gui atau Standards for Being A Good Student telah disediakan. Nilai-nilai ini kemudiannya disusun oleh Li Yuxiu pada abad ke-17 dan ke-18.
Berdasarkan amalan orang budiman dahulu, Confucius mendapati bahawa kebahagiaan dan keharmonian boleh dicapai melalui amalan harian yang dapat mewujudkan hubungan mesra antara
(a) anak dan ibu bapa,
(b) suami dan isteri,
(c) adik-beradik,
(d)pemimpin dan orang yang dipimpin atau majikan dan pekerja, dan
(e) rakan-rakan.
Nilai-nilai murni yang ditekankan oleh Confucius ini bukan sesuatu yang baru. Nilai-nilai sejagat ini terdapat dalam semua budaya dan kepercayaan manusia.
Nilai-nilai ini sememangnya telah lama diterapkan dalam budaya kita. Nilai-nilai ini disampaikan oleh warga tua kepada anak cucu mereka. Akan tetapi, nilai-nilai tersebut semakin dipinggirkan kerana masyarakat kini lebih menekankan pencapaian akademik dan kebendaan daripada amalan nilai-nilai murni. Semoga melalui pembacaan buku ini, nilai-nilai tersebut dapat dihidupkan dan disuburkan kembali agar menjadi amalan dalam kehidupan semua.
Harus diingati bahawa penyediaan buku ini cuma mengulangi nilai-nilai murni yang diamalkan zaman dahulu yang masih relevan dan berguna dalam zaman sains dan teknologi.
Oleh yang demikian, pembaca harus meneliti nilai-nilai murni sejagat ini sebagai amalan kefahaman tambahan yang menyokong kebudayaaan dan kepercayaan masing-masing.
Nilai-nilai murni sejagat ini merupakan pendidikan yang sesuai diamalkan oleh semua orang tanpa mengira latar belakang, keturunan, kebudayaan dan kepercayaan. Amalan nilai-nilai sejagat ini boleh membawa kebahagiaan kepada diri dan keluarga. Nilai-nilai ini dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Nilai-nilai ini membantu mengelakkan konflik dan menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta menjadi asas bagi mencapai kemakmuran negara. Namun nilai-nilai ini juga boleh diaplikasikan dalam hubungan antarabangsa kerana kebahagiaan wajar dinikmati oleh semua insan di dunia.
Mudah-mudahan anda dan keluarga juga dapat mencapai kebahagiaan dan keharmonian yang hakiki melalui pengamalan nilai-nilai murni sejagat ini.
Usaha penyediaan buku kecil ini telah menghadapi pelbagai cabaran. Ianya tidak sempurna dan penambahbaikan boleh dibuat. Oleh itu, apa-apa kekurangan yang terdapat dalam buku ini adalah kelemahan diri saya. Dengan rendah hati, saya memohon maaf atas kekurangan yang wujud.
Dengan kesyukuran dan keikhlasan,
Lim Hin Fui, PhD Feb 2013
Saturday, February 2, 2013
德育历史:三贤禅位
堯是一位著名的贤君,处处为人民著想,对荣华富贵十分淡薄,住的的是简陋的茅屋,过著粗茶淡饭,勤俭朴素的生活。堯为了人民尽心尽责,但他的儿子丹朱是个不肖子。堯不愿意传闻位给儿子,准备将帝位禅让给贤人。他知道,舜是位贤孝而又有才华的年轻人,就让位给舜。
舜 是黄帝的7 世孙,名重华。 他天性笃厚,对父母十分孝顺。舜的生母死得早,后母心肠很坏。 后母生的弟弟名叫象,是个极傲慢的人。生活在这样的家庭,舜待父母、弟弟都很好。虽然家人要杀害他 (修补倉顶故事;淘井故事),舜还是像过去一样和和气气对待他的父母和弟弟。舜在位长达几十年,深受爱戴。舜也没有把王位传给儿子商均,而禅让给治水有功的禹。
禹 治水13年,三过家门而不入。他因治水而手脚肿大,汗毛尽脱。他倡导的以疏导为主的治水经验,成为后世解决社会问题的典范。到了晚年,禹 四处查访,最后推举伯益为继承人。
禹 死后,他的儿子 啓 即位,反对伯益,并杀了伯益, 夺得王位 (公元前 1988-1979年)。以前的 “禅让”制度便从这时被破坏,代之以“家天下”的王位制度代之。
Life histories of 3 great emperors in ancient China. YAO was a kind emperor who always had the peoples' interests at heart. He led a simple life with simple food. Even though he was kind-hearted, his son DAN CHOO was not a good person. YAO did not want to pass the throne to his own son. Instead, he was looking for a kind-hearted person. When he knew that SHUN was a good son who treated his parents father, step mum and step brother well even though they hated and even wanted to kill him. SHUN was well-liked by the peoples when he administered the country. SHUN did not pass on the throne to his own son either but instead to another committed person, YI. Consequently YI was also a good emperor who had his subjects at heart in whatever he planned and implemented.
Subscribe to:
Posts (Atom)