寻找健康

寻找健康
免费阅读本书的内容, 请看 2011年3月26日部落的整本书. 此书非商业方式出版,不在商业书店售卖。想得到此书的朋友,请联络作者林廷辉博士 drlimhf@gmail.com 012-3615905

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)

Makanan Sihat Sebagai Ubat (2011)
Ini adalah buku kesihatan saya. Kandungannya telah dimuatkan dalam blog ini pada 10 Sept 2010 sempena Hari Raya Puasa. Buku ini bukan diterbitkan untuk tujuan komersial dan tidak dipasarkan melalui kedai-kedai buku terkenal. Jika anda ingin memperolehi satu naskah, sila hubungi pengarang di drlimhf@gmail.com atau 012-3615905

Eating for Good Health (2010)

Eating for Good Health (2010)
3nd Edition 2010. The contents of this book are in this blog (subheadings in Blog Archive from October 2009 till January 2010) for free reading. This is a non-commercial book and is not available in major commercial book stores. If you wish to own a hard copy, kindly contact the author at: drlimhf@gmail.com or 012-3615905

Tuesday, June 14, 2011

Diary 335: Membantu Bapa Berhenti Merokok

Perkongsian pengalaman berikut oleh rakan kerja saya, Dr Mastura Mokhtar dalam email bertarikh 24 Mei 2011.
Kita sering dimaklumkan keperitan untuk berhenti merokok.

Selain kemahuan dari individu yang terlibat sokongan moral oleh lingkungan terdekat juga amat diperlukan.

Dan satu lagi yang tidak kurang pentingnya - adalah pengorbanan sedikit wang - nilainya lebih kurang jumlah yg dilaburkan oleh perokok utk kegunaan perokok ` tahap biasa' seminggu i.e RM 70-80 bagi setiap minggu terapi berlangsung.

Saya menghadiahkan NIQUITIN patch - 21 mg (7 patch kegunaan seminggu) pada hari jadi bapa saya yang lalu. Ini diikuti dengan 3 kotak lagi pada 3 minggu yang berturutan - Kemudiannya dosnya saya kurangkan kepada patch 14 mg selama 2 minggu dan 7 mg utk seminggu.

Alhamdulillah beliau setakat ini boleh saya anggapkan 99.9 % berjaya meninggalkan rokok yang mungkin telah menjadi teman selama hampir 40 tahun ? (Partly mungkin nak menunjukkan appreciation terhadap `pakej hadiah' yang saya berikan, partly kerana kesihan kat saya :) Allah saja yang tahu isihati beliau, namun yang pentingnya misi kami berjaya...)

So apa kata sempena hari bapa yang akan disambut tidak berapa lama lagi kita cuba membantu ahli keluarga terdekat / rakan karib untuk berhenti dari merokok dengan menghadiahkan mereka dengan `bahan bantu berhenti merokok ini? sambil mengiringi doa agar Allah mengurniai mereka kekuatan untuk melakukannya dan terus istiqamah sehingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment