Sunday, August 14, 2011
Diari 384: Amalkan Kebaikan Bersama
Salam sejahtera Dr Lim, Saya berterima kasih atas kesudian Dr berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan kami di sini (FRI Glami Lemi). Ceramah Dr. saya nampak dibuat secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan kewangan. Kebanyakan orang lain tidak seperti Dr. yang susah nak ditemui pada masa ini, ibarat kata, nak masuk tandas pun kena bayar.
Dan terutama yang kami hargai, sesi tepuk-tepuk yang sangat interaktif. Tak sangka, aktiviti semudah itu boleh mengembalikan kecergasan kepada saya (saya kebetulan mengalami masalah lenguh-lenguh di leher dan bahu 2-3 hari sebelum itu). Dan isi ceramah berkenaan kepentingan memilih makanan yang sesuai adalah sangat informatif. Untuk pengetahuan, dalam Islam juga ada diberi garis panduan pemilihan makanan halalan thoyyiban (yang halal dan baik). Dan apa yang Dr praktikkan sebenarnya sudah ada di dalam Islam, cuma kurang diberi perhatian, kesedaran dan amalan.
Kalau mungkin ada peluang, di masa akan datang mungkin Dr boleh buat sedikit kajian (untuk menambahbaik buku kesihatan Dr.) berkaitan amalan pemakanan mengikut kepercayaan dan ajaran agama. Mungkin boleh buat perbandingan antara agama Islam, Buddha dan Hindu. Kebaikan amalan berpuasa dan lain-lain. Ini sekadar cadangan saya sahaja, terpulang kepada Dr. Sekian. Terima kasih.
(Email HB, Pegawai Penyelidik FRI Glami Lemi, bertarikh 29 Julai 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment